Berita

Harga Emas Tinggi? Jangan Risau 2 Hari Ni Sabihah Gold Tawar Diskaun RM5 Per Gram! Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Share

Bulan Ogos sememangnya amat istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Bulan kemerdekaan sememangnya menjadi salah satu bulan patriotisme rakyat Malaysia dan menjadi inspirasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.

Atas inisiatif untuk sama-sama menyemarakkan kemerdekaan negara ke 67, Sabihah Gold menganjurkan Promo Ambang Merdeka khusus untuk peminat barangan kemas terutamanya wanita.

Menurut pengasas Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim, promo ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke Sabihah Gold di mana ia menawarkan diskaun dan promosi istimewa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, perasaan cinta pada negara sememangnya menjadi aspirasi untuk saling membantu antara satu sama lain. Kami di Sabihah Gold melihat ia sebagai salah satu cara untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia mempunyai simpanan melalui pelaburan emas yang sememangnya mempunyai masa depan yang baik sebagai asas pelaburan.

Jadi, kami berharap usaha ini mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia yang melihat barangan kemas sebagai aset  di masa hadapan,”ujarnya.

Sempena Promo Ambang Merdeka yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Ogos ini, Sabihah Gold mengaturkan beberapa program menarik antaranya termasuklah voucher bernilai RM5 per gram untuk setiap pembelian barangan kemas di Sabihah Gold, peraduan teka & menang serta hadiah-hadiah istimewa lain yang pastinya sukar untuk dilepaskan!

Dengan adanya promo ini, Sabihah Gold berharap dapat meningkatkan jualan barang kemas rekaan dan stok terkini yang sememangnya bakal menarik perhatian si penggemar barangan kemas.

Keistimewaan Sabihah Gold

Ketika ditanya mengenai keistimewaan koleksi emas di Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.

“Antara keistimewaan koleksi di Sabihah Gold  yang tidak terdapat di tempat lain ialah  rekaannya yang eksklusif. Saya amat mementingkan aspek kualiti dan rekaan setiap barangan kemas yang dihasilkan.

Jadi, saya pastikan setiap rekaan barangan kemas mempunyai ciri unik dan eksklusif. Selain itu, ia direka oleh pereka tempatan yang mempunyai kepakaran bertaraf antarabangsa, “ujar Sabihah yang mementingkan aspek kualiti dalam setiap barangan kemas yang dihasilkan.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/kekuatan-keazaman-bawa-kejayaan-wanita-sabihah-gold-rai-kejayaan-wanita/

 

Selain itu, Sabihah Gold menerapkan aspek khidmat pelanggan yang mesra dan professional untuk memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman pembelian yang memuaskan hati.Tidak cukup dengan itu, Sabihah Gold juga sering mengadakan promosi dan diskaun menarik yang berbeza untuk menarik perhatian pelanggan.

Jadi, hujung minggu ini, jangan lupa berkunjung ke Sabihah Gold yang terletak di 19, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur untuk mendapatkan diskaun menarik dengan setiap pembelian!

Khas untuk semua wanita yang ingin berjinak-jinak menjadikan emas sebagai pelaburan ataupun perhiasan, jangan lupa follow media sosial Sabihah Gold di Facebook dan Instagram @sabihahgoldhq.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Rosmah Idayu