Dua tiga hari ni ramai yang mengeluh dan tak puas hati dengan harga bawang besar mahupun bawang merah yang sangat mahal harganya. Meningkat berlipat kali ganda dari harga yang kebiasaannya. Malah stok bawang yang ada di kedai mahupun pasaraya sering kali terputus bekalan,ataupun langsung tiada.

Sebenarnya peningkatan harga bawang di pasaran berpunca larangan eksport kerajaan India terhadap hampir semua jenis bawang untuk menampung keperluan domestik negara itu.Larangan itu dikeluarkan kerajaan India pada 14 September selepas berlakunya bencana banjir besar di negara berkenaan, Julai lalu. Bekalan bawang yang kurang dan permintaan tinggi, menyebabkan harganya naik.

Golongan yang paling terkesan, pastinya peniaga-peniaga penjual makanan yang memerlukan bawang sebagai bahan asas dalam masakan. Bila mana bawang dijual dengan harga yang lebih mahal, berapakah pula harga makanan yang perlu dijual. Silap-silap lebih merugikan apabila terpaksa menanggung kos yang berganda.

Bagi mak-mak pula, peningkatan harga bawang ini juga meningkatkan perbelanjaan dapur. Mana tidaknya harga bawang lebih mahal dari harga sekilo ayam! Kuss semangat. Sementelah pula, kebanyakan negeri masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), dapur memang kena selalu berasap untuk memenuhi ‘isi perut’ seisi rumah.

Ads

Tip Jimat Guna Bawang:

1. Sementara ni, mungkin mak-mak boleh cari resipi atau masakkan yang tak perlu gunakan bawang sangat.Sebelum ni, kita gunakan sebiji bawang, mungkin boleh berjimat gunakan setengah biji. Kena jimat-jimat guna dalam masakan.

2. Boleh juga amalkan kisar bawang-bawang dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan stok di dapur. Cara ni selain memudahkan ia lebih menjimatkan. Bila nak masak tinggal ambil dengan hanya guna sukatan yang diperlukan. Selain bawang, boleh juga buat cili, bawang putih dan halia kisar.

Jimat Guna Bawang, Kisar Kasar Dengan Minyak Boleh Tahan 2 Minggu!

Ads

3. Selain itu, mungkin ini masanya mak-mak boleh cuba tanam bawang sendiri di rumah. Tak kiralah tanam atas tanah di laman mahupun dalam botol atau pasu.Hasilnya boleh digunakan dalam masa panjang nanti.Tak lah kalut bila stok bawang tiada atau mahal sangat harganya macam sekarang Sekurang-kurangnya bila dapat banyak hasilnya nanti boleh digunakan sendiri atau dibuat jual pula nanti.

Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

Ads

Tanam Bawang Merah Dalam Botol Mineral, Pilih Saiz Besar Dapat Hasil Banyak

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan berbelanja lah secara bijak dan berhemah. Ramai yang tekesan ketika ini, belilah barangan mengikut keperluan. Semoga stok bawang kembali pulih dan berada di pasaran, serta masalah harga bawang naik mendadak ini dapat diatasi sebaiknya.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI