Harapan Neelofa,”Abdullah Abbas Dipilih Allah Menjadi Daie Menyampaikan Dakwah Seluruh Alam”

Share

Menjadi tanggungjawab mak ayah supaya memberikan nama dan maksud yang baik buat anak yang baru dilahirkan. Semoga ia menjadi anak yang soleh, solehah, berguna pada agama bangsa dan negara.

Bersempena hari ketujuh kelahiran, usahawan terkenal Neelofa,31 telah mengumumkan nama anak keduanya yang lahir pada 11 Julai lepas. Nama dan tafsiran yang cukup baik iaitu Abdullah Abbas.

Penjelasan lanjut dikongsikan oleh Neelofa sendiri di Instagramnya.

Sepertimana lahirnya Muhammad Bilal , perasaan hiba dan sayang buat
Abdullah Abbas juga terjalin.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih..

Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw.

Sehingga ada hadith nabi saw bertanya

Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga

Dan Bilal menjawab

مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ.

Tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.’”
Riwayat al-Bukhari (1149)

Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A

Abdullah Abbas Nama Anak Kedua

Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas

Merujuk hadith:

تَسَمَّوْا بأسماءِ الأنبياءِ ، وأحبُّ الأسماءِ إلى اللهِ عبدُ اللهِ ،وعبدُ الرحمنِ
Berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”

Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
– [ ] Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”

Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Mesti Baca:Neelofa Mohon Doa Proses Kelahiran Berjalan Lancar, Pilih Berpantang Secara Tradisional
Baca Lagi Di Sini:Neelofa Sentiasa Pelajari Ilmu Baru Lepas Berkahwin, “Rumah Tangga Mana Tak Mencabar”
Artikel Menarik:NEELOFA Mengaku Hamil “Anak Pertama Akan Meragam Bila Nak Dapat Adik Hanya Mitos”

Mingguan Wanita:Alhamdulillah. Abdullah Abbas, sedap nama dipilih dan mempunyai makna tersendiri. Semoga Abdullah Abbas menjadi anak yang soleh, bijak, dan menunaikan impian umi dan abah menjadi daie satu hari nanti.

Sumber: Neelofa

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab