“Harap Tak Bosan, Isteri Awak Belum Ada Rezeki Nak Beri Zuriat” Siti Elizad

Share

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan rasa sayunya sempena ulang tahun perkahwinan yang keenam.

Personaliti yang mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015, pernah menjalani rawatan kesuburan (IVF) November lalu, namun hanya selepas seminggu dilaporkan hamil, dia mendedahkan telah mengalami keguguran.

Siti Elizad Masih Menanti Kehadiran Cahaya Mata

Perkongsian Elizad menerusi laman sosialnya, ternyata menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan pasangan itu mendapat cahaya mata secepat mungkin.

Pada hantaran tersebut Elizad begitu sayu setelah enam tahun mendirikan rumah tangga namun dia masih belum memberikan zuriat buat suami tercinta.
Malah hasratnya untuk mendiami rumah yang dibeli pada tahun 2018 itu bersama suami dan anaknya tidak kesampaian, setelah mengalami keguguran.

“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan setelah ia siap pada tahun 2021, kami ada zuriat sendiri.

“Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku dan isteri awak ini terpaksa jadi ‘baby kecil’ untuk meriahkan keluarga kecil kita.

Baca Disini Juga:

“Baru Selesai Embryo Transfer. Berdebar Tunggu Keputusan, Doakan Yang Terbaik Buat Kami” Siti Elizad  

Allah Pinjamkan NIKMAT Minggu Lepas, Kemudian Keguguran, Siti Elizad TETAP Teruskan Rawatan IVF

Terima Kasih Suami, Rajin Layan & Sabar

“Harap awak tak bosan dengan saya, memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki nak beri awak zuriat sendiri.

“Selamat ulang tahun keenam sayangku. Terima kasih selalu layan, sabar dan lindungi saya. Insya-ALLAH kita sama-sama doa dan terus berdoa lagi,” tulisnya.

Siti Elizad Akan Teruskan Rawatan IVF

Mengimbas kembali selepas keguguran, Elizad lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.

Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.

Rakan Artis & Peminat Berdoa Untuk Siti Elizad


Sumber / Sumber Foto : Facebook & Instagram Elizad Sharifuddin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh