Setiap kali kelahiran anak, nama yang bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi ingin anak menjadi orang berguna apabila dewasa kelak, sepasang suami isteri menamakan anak mereka, ‘Google’.
Seorang bayi lelaki dinamakan Google oleh ibu bapanya di Jakarta, Indonesia dengan harapan dia akan menjadi berguna seperti enjin carian tersebut, lapor akhbar Mirror.
Ibu bayi berkenaan, Ella Karin, 27, dan suaminya, Andi Cahya Saputra menyambut kelahiran anak kedua mereka itu pada 30 November 2018 tetapi berita mengenai pilihan nama pelik tersebut cuma tular baru-baru ini.
Nama Teknologi Jadi Pilihan
Andi, 31, berkata, dia memilih nama teknologi itu semasa isterinya hamil tujuh bulan.
Ads
“Saya turut mempertimbangkan nama seperti Windows, iPhone, Microsoft dan iOS di samping nama lebih tradisional iaitu Albar Dirgantara Putra,” katanya.
Bagaimanapun, apabila anak itu lahir, bapanya memutuskan untuk memberi nama Google tanpa nama keluarga.
Menurut Andi, dia enggan meletakkan nama keluarga kerana ia akan menghilangkan zat nama tersebut.
Ads
Terima Hadiah Daripada Google
Terbaru, kisah pasangan suami isteri yang memberikan nama anak mereka Google beberapa minggu lalu telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu. Menurut laporan Coconuts Jakarta, syarikat Google telah mengubungi bapa kepada bayi itu untuk memberi kejutan.
Difahamkan, pasangan Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27 itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia.
“Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak,” katanya.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google.
Ads
Andi Cahya dan Ella sepakat menamakan anak mereka yang lahir pada 30 November lalu dengan nama Google. Menurut laporan portal berita tempatan Kumparan, inspirasi untuk meletakkan nama berkenaan diperoleh pasangan berkenaan ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.
Andi berkata, pada awalnya, dia dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google.
“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya.
MW: Setiap mak ayah, pastinya meletakkan nama yang baik-baik untuk anak-anak, dengan harapan ia membawa maksud dan kehidupan baik buat mereka. Apa pun nama yang diberikan oleh mak ayah ini, hormati sahaja pilihan nama dan keputusan mereka.Lagipun anak dan darah daging mereka sendiri. Bukannya beri nama untuk anak orang lain.
Shuhada gelisah terima surat saman pihak ketiga. Kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada masih belum berakhir. Malah terbaru pelakon itu didakwa pernah melafazkan cerai lebih awal, Januari lalu.
Mahkamah Rendah Syariah di sini pula telah menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.
Terbaru Shuhada pula menyatakan kegelisahannya apabila menerima surat saman daripada pihak ketiga.
Shuhada Gelisah Terima Surat Saman Pihak Ketiga
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Shuhada akui dirinya berasa gelisah selepas menerima surat saman daripada pihak ketiga. Saman tersebut dituntut berdasarkan penulisan di Instagram bertarikh 15 Februari lalu, berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hatinya dan anak-anak.
“Saya ini baru mula hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat perniagaan @shelupshelup. Selagi ada rezeki, saya usahakan. Buat simpanan saya dan anak-anak.
“Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah,” kongsinya.
Tetap Cekal & Terus Bangkit Dalam Perjuangan
Walau merakan diri seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses perceraian, Nurul Shuhada tetap cekal dan akan terus bangkit dalam perjuangan itu.
“Selepas kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula. Tak Apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah.
“Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak.
“Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya,” kongsinya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama 13 tahun lamanya huni stor tanpa elektrik dan air, lelaki ini kadang-kadang hanya makan nasi berkuah air garam bila terputus bekalan makanan.
Hidup sendirian langsung tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hidup, malah masih gigih mencari rezeki mengikut kudrat yang ada.
13 Tahun Huni Stor Tanpa Elektrik & Air
Sudah 13 tahun menghuni stor barang di dalam kebun getah tanpa bekalan elektrik dan air.
Hanya berbekalkan lilin yang digunakan pada waktu malam dan air yang diangkut dari perigi kira-kira 300 meter di atas bukit, Ismail Dolah, 60, tetap cekal meneruskan hidup melewati usia tuanya bersendirian.
Menurutnya, stor itu dihuninya sejak 2008 selepas beberapa bulan menumpang rumah kakaknya di Kampung Sungai Durian di Kuala Krai, Kelantan sebaik kematian kedua orang tuanya.
Berkerja Sebagai Penoreh Getah
“Saya mencari rezeki sebagai penoreh getah di sini dan majikan membenarkan saya tinggal dalam stor ini namun tiada bekalan air dan elektrik.
“Disebabkan itu, cahaya lilin sahaja menerangi gelap malam dan bekalan air pula, selain mengangkut dari perigi, saya juga menadah air hujan yang dapat digunakan untuk membasuh dan mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Melati, Jalan Jirat di sini, semalam.
Dia yang tidak pernah berkahwin berkata, makannya juga tidak semewah dan sekerap orang lain walaupun tinggal berseorangan kerana upah menoreh getah yang diterimanya hanyalah sekitar RM150 sahaja sebulan.
Katanya, bekalan beras setakat ini belum lagi terputus, ada masanya dia menangkap ikan di anak sungai berhampiran dan jika tiada hasil hanya makan nasi berkuah air garam.
“Kuah garam itu pun sekadar untuk memberikan rasa sahaja kerana saya tidak amalkan makan budu disebabkan ada penyakit darah tinggi dan memandangkan tinggal berseorangan di lokasi agak terpencil sebegini, saya perlu menjaga kesihatan dengan baik.
“Nasib saya agak baik kerana baru-baru ini ada individu yang tahu mengenai keadaan saya dan tampil memberikan dua unit panel solar untuk kegunaan selain menyumbangkan sedikit makanan,” katanya sambil memberitahu lokasi stor yang dihuninya pernah ditenggelami banjir besar pada 2014 yang menyebabkan dia berenang dengan bantuan pelampung keluar menyelamatkan diri.
Ada Pihak Yang Prihatin
Terdahulu, dia menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang tampil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.
Mingguan Wanita : Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan bolehlah menghubunginya Ismail di talian 013-8070796.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan tiada kes Sporadic Covid-19 di Malaysia. Ini kerana, pesakit yang diperkatakan dari kes sporadic sebenarnya ada menyertai Ijtimak Tabligh di Sri Petaling.
Apa itu kes Sporadic? Ia merupakan kes di mana individu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana kawasan terjejas wabak dan tidak pernah berhubung dengan kontak rapat Covid-19.
Semalam, viral di media sosial mengenai kes terpencil (sporadic) yang dikesan berlaku dalam negara. Yang mana, disiarkan pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang alami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.
Ianya berentetan apabila kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel yang diambil daripada individu yang mempunyai gejala influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI)
Jumlah Kes Sehingga 12 Mac 2020
Sehingga semalam, daripada statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat 9 kes baru disahkan positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 158 kes.
Daripada jumlah ini,
Sebanyak 26 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19
127 kes dari kalangan kontak rapat
2 kes dalam kalangan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) melalui survelan COVID-19
1 kes dalam kalangan penyakit seperti Influenza (ILI) melalui survelan Covid-19
2 kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan
6 kes telah pulih, menjadikan sejumlah 32 kes telah dicaj daripada wad. Manakala, 3 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi dengan bantuan alat pernafasan dan dalam keadaan stabil.
Sehubungan itu, KKM menasihatkan mana-mana individu yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran.
Tujuannya untuk penilaian risiko jangkitan Covid-19, dan untuk tindakan PKD selanjutnya iaitu :
* diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan; * menerima Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah bagi menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah; dan * diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool yang akan diberikan oleh Pegawai Diberikuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Orang awam yang turut berhimpun juga digesa memberikan kerjasama dan patuhi nasihat KKM ini agar tiada penularan jangkitan Covid-19 pada masyarakat umum.
“Demi menjaga keharmonian, janganlah sesuka hati menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan jangkitan Covid-19 yang melibatkan perhimpunan tabligh ini.” Demikian pesan KKM.
MW : Sesungguhnya ini ujian tuhan beri untuk kita semua berfikir dan melihat dengan mata hati akan kekuasaanNya dan rahmatNya. Marilah letakkan pergantungan diri kita padaNya. Moga dilindungi dan dijauhkan daripada wabak berbahaya ini.