Harap jadi doa, letak nama anak ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’.
Setiap kali kelahiran anak, nama yang dipilih bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi kehidupan anak baik-baik sahaja membuatkan mak ayah ini memilih nama yang cukup unik dan dianggap sebagai doa.
Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.
Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.
Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.
Artikel Menarik:Harap Anak Jadi Ahli Linguistik, Ayah Letak Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’
Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.
Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.
“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.
“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.
“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.
Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.
Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.
“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.
Mesti Baca:“Satu Huruf Saja.’ Tiada Alasan Istimewa, Hanya Mahu Semua Nama Anak Senang Diingati
Baca Lagi Di Sini:Pecah Rekod Dunia, Punyalah Panjang Letak Nama Anak Ada 1,019 Huruf!
Mingguan Wanita: Setiap ibu bapa pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Setiap kata-kata memang menjadi doa. Doakan yang terbaik nama pilihan mak ayah ini.
Sumber: Utusan
Macam ni nak pilih baju sesuai ikut bentuk badan.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Memang kena ada ekstra pelindung raya musim endemik ni.