Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
“Kumbang sudah merisik bunga,
Direstui oleh ahli keluarga,
Lamaran diterima pertunangan pun juga,
Walaupun online tetap mesra dan bahagia.”
“Awal bermula dengan bismillah,
Syukur hanya kepada Allah.
Selawat Nabi kepada Rasullullah,
Semoga pertemuan ini membawa berkah.
“PKP arahan pemerintah,
Mengingkarinya akan disaman.
Hajat dihati dah nak melimpah,
Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti,
Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera,
Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami,
Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.