Sumber/Foto: Instagram @aydajebat @nabilmahir
Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.

Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga

Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
“Harap Doa Yang Baik-Baik Dari Semua”, Ayda Jebat & Nabil Mahir BERTUNANG SECARA ONLINE
Sumber/Foto: Instagram @aydajebat
“Proposal on my birthday,
Engagement on your birthday.
I know we can make it until the end of our days.
Officially, My Fiancé.

“Kumbang sudah merisik bunga,
Direstui oleh ahli keluarga,
Lamaran diterima pertunangan pun juga,
Walaupun online tetap mesra dan bahagia.”

Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera

Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Harap Doa Yang Baik-Baik Dari Semua”, Ayda Jebat & Nabil Mahir BERTUNANG SECARA ONLINE
Sumber/Foto: Instagram @nabilmahir

“Awal bermula dengan bismillah,
Syukur hanya kepada Allah.
Selawat Nabi kepada Rasullullah,
Semoga pertemuan ini membawa berkah.

IKLAN

“PKP arahan pemerintah,
Mengingkarinya akan disaman.
Hajat dihati dah nak melimpah,
Ingin menyunting bunga di taman.

“Walaupun jauh cinta tidak terhenti,
Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera,
Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami,
Harap doa yang baik-baik dari semua,”  ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.

IKLAN

Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.

“Harap Doa Yang Baik-Baik Dari Semua”, Ayda Jebat & Nabil Mahir BERTUNANG SECARA ONLINE  “Harap Doa Yang Baik-Baik Dari Semua”, Ayda Jebat & Nabil Mahir BERTUNANG SECARA ONLINE

IKLAN

Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya. 

“Harap Doa Yang Baik-Baik Dari Semua”, Ayda Jebat & Nabil Mahir BERTUNANG SECARA ONLINE
Sumber/Foto: Instagram @nabilmahir @aydajebat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI