Harap Diana Lembut Hati, Farid Tawar Perdamaian Lebih RM300,000 Usaha Selamatkan Keluarga Disayangi

Share

Harap Diana lembut hati. Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil berusaha untuk menawan semula hati isterinya, Diana Danielle dan menawarkan perdamaian dengan jumlah wang melebihi RM300 ribu.

Farid juga menerangkan tawaran yang dibuat diharap dapat melembutkan hati isterinya yang membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.

Harap Diana Lembut Hati

Pada waktu yang sama Farid juga menerangkan dia berharap Diana akan menerima tawaran tersebut demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Farid Kamil juga menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” kata Farid seperti mana dilaporkan Berita Harian.

Kenyataan yang diedarkan Pengurus Farid kepada media itu ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah tengahari tadi.

Bagaimanapun, Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.

Baca Disini : Farid Kamil Cuba Curi Hati “Bunga Ini Nak Beri Kepada Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian Pertama”

Sumber :  Berita Harian

Sumber Foto : Instagram Diana Danielle

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati

Published by
Norhayati Suboh