Harap Anak Jadi Ahli Linguistik, Ayah Letak Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’

Share

Setiap kali kelahiran anak, nama yang bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi ingin anak menjadi seorang Ahli Linguistik apabila dewasa kelak, memberi idea ayah ini untuk menamakan anaknya, ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’.

Nama Pelik

Seorang kanak-kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU, lapor laman Tribunnews semalam.

Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.

Harap Jadi Ahli Linguistik

Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.

“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.

Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.

Nama Anak Dijadikan Bahan Jenaka

Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan yang menyamakan nama pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.

“Oleh kerana ejekan itu, dia tidak ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi.

Baca Lagi Di Sini:

Bersalin Atas Perahu Ketika Redah Banjir, Anak Dinamakan ‘Siti Noor Banjiriah’

Sanggup Namakan Anak “Twifia”, Demi 18 Tahun Internet & WiFi PERCUMA!

Ayah Namakan Anak Ke-19 Baru Lahir, ‘Cukuplah’

Harap Jadi Orang Berguna, Mak Ayah Namakan Anak Lelaki ‘Google’

Mingguan Wanita: Memang unik sungguh nama yang diberikan. Sebagai mak ayah kita bertanggungjawab untuk berikan nama yang baik-baik dan mempunyai maksud panggilan yang baik. Kasihan pada anak, bila diberikan nama pelik-pelik sebegini.

Sumber: Kosmo

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab