‘Haram Buat Binaan Atas Kubur?’ Tak Salah Buat Tanda, Tapi Rujuklah Dulu

Share

‘Haram buat binaan atas kubur.’ Tak salah buat tanda tapi rujuklah dulu orang yang lebih arif tentang pembinaan kubur. Takut beriya-iya kita buat yang terbaik untuk arwah, akhirnya hukumnya jatuh haram pula.

Menjadi trend dan kebiasaan dalam masyarakat kita membuat binaan di atas kubur di tanah wakaf. Hendak buat binaan atas kubur ada cara dan garis panduannya, bukan ikut suka hati nampak cantik di mata saja.

Ikuti perkongsian Tuan Muharrik Daie dan hadam baik-baik perkongsiannya.

Haram Buat Binaan

“Ini kubur almarhum ayah anta?” Tanya aku pada Malik, noja masjid kampung aku.

“Haa ustaz.” Jawab Malik.

“Tak boleh macam ni.” Ujar aku.

“Kenapa ustaz?” Tanya nya kembali.

“Ada binaan atas ni. Disimen lagi. Haram hukumnya. Ini tanah wakaf.”

“Ehh betul ke ustaz.”

Artikel Berkaitan: Arwah Ibu Meninggal 10 Malam Terakhir Ramadan, Kubur Bersebelahan Arwah Abah

Atas Kubur

Aku senyum.

“Anta ke buat ni Malik?” Tanya aku lagi.

“Tidaklah. Ini kakak dan abang ipar saya buat. Katanya dah rujuk pada yang buat batu nisan tu, orang tu kata ok.” Malik menerangkan pada aku.

“Tak boleh ni. Binaan ini haram sebab ia tanah wakaf. Kalau tanah sendiri makruh. Kalau nak buat tanda boleh. Tapi buat kepok. Kalau kayu boleh buat kepok atau bingkai tapi kalau simen siapkan acuan batu serupa kepok kayu itu dekat luar dulu.

Dah siap bolehlah letakkan kepuk itu atas kubur. Bolehlah di tanam daun dulang yang hidup dan batu sungai diatasnya.

Kalau kayu boleh buat kepok atau bingkai tapi kalau simen siapkan acuan batu serupa kepok kayu itu dekat luar dulu.

Tak Salah Buat Tanda

“Tapi kalau orang dulu-dulu mereka buat tanda kubur atu kepok itu dengan kayu jati saja sebab kayu jati tu susah nak reput dan tidak dimakan anai-anai.”

“Dah tu macam mana ya ustaz?” Tanya Malik lagi.

“Macam inilah. Bincang dengan ahli keluarga. Suruh orang buat batu nisan tu pecah balik, kemudian buat macam yang saya cakap.”

Ramai tak cakna tentang pembinaan diatas kubur. Tak salah nak buat tanda tapi kena lah rujuk pada yang arif tentang pembinaan kubur ni.

Baca Di Sini : “Habis Last Paper, Terus Pergi Rumah Baru Cikgu.” Ziarah Kubur Sebagai Tanda Terima Kasih

Tapi Rujuklah Dulu

Guru aku pernah ajar, kalau nak buat tanda pada kubur tak boleh terus simen atas kubur tu. Kena buat acuan macam kepok kayu kat luar dulu kemudian angkat dan letak atas kubur.

Itu pun tak boleh besar besar sebab tanah kubur bukan tanah milik peribadi, ia milik wakaf. Andai kubur dah tak cukup nanti, mayat boleh saja ditindan-tindan dan di kubur di atas mayat sebelumnya.

Kita tak boleh larang sebab ia tanah wakaf. Kalau zaman dulu, satu kubur tu ada dua tiga jenazah didalamnya.

Sekarang ini orang sudah buat ikut nombor dan batu. Dan tidak boleh di bina-bina lagi ikut suka. Ianya standard. Mungkin sudah ada fatwa dan arahan kerajaan.

Bila Tanah Tak Mencukupi

Tapi walaubagaimanapun jika ianya tanah wakaf, ia tetap boleh diroboh dan boleh ditindan-tindan oleh jenazah orang lain jika tanah perkuburan tidak mencukupi.

Mungkin kita lihat perkara ini kecil tapi disisi syarak ianya ada hukumnya.

Oleh itu kalau ada ahli keluarga kita yang meninggal, pastikan perkara ini kita tahu. Terutamanya dikampung-kampung yang masih lagi tiada sistem dalam pembinaan tanda kubur.

Wallahu aklam.
Moga manfaat
#muharrikdaie

Mingguan Wanita : Benarlah dalam beberapa perkara yang kita tidak pasti hukumnya, sebaiknya rujuk pada mereka yang pakar. Semoga bermanfaat.

Sumber : Muharrik Daie

Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat