Kuih Peneram antara kuih tradisonal kegemaran ramai.Kecil, comel dan sedap makan panas-panas.Rupanya mudah je nak buat kuih peneram sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun tak banyak dan lebih jimat dan berbaloi berbanding dibeli.
Menurut perkongsian resipi oleh Puan Zalina Zali
, kuih peneram ini hanya perlukan 5 bahan-bahan dan adunan dohnya perlu diperap sekurang-kurang 4 hingga 5 jam sebelum ditekap dan digoreng. Namun jika ingin lebih rasa sedap adunan doh tersebut perlu diperap semalaman.“Siap mengoreng..buat kudap anak-anak duduk depan tv.Nak pulak peneram tengah panas-panas nie lagi la sedap”.
4 cawan tepung beras cap gajah 3
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
1 cawan air*
1.Bahan-bahan yang bertanda * tu campur dan masak sampai mendidih.
2.Siap terus tuang dalam tepung, kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas.
4.Dah siap perap boleh lah tekap.
5.Goreng hingga masak.
Selamat mencuba!
Sebelum tekap saya sapu minyak dulu dekat plastik..baru senang angkat.
Sumber: Zalina Zali