Rupanya mudah je mak-mak boleh buat aiskrim sendiri di rumah yang rasanya sama macam beli di kedai. Cuma bezanya bila buat aiskrim sendiri, kita boleh kawal kemanisannya dan bebas daripada sebarang pewarna mahupun perisa tambahan.Kebersihannya pun terjamin dan puas hati bila nak bagi anak-anak merasa aiskrim buatan sendiri ni.
Berikut perkongsian oleh Puan Nur Hidayah sebagai panduan ;
“Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan & cakap sedap tak manis.Alhamdulillah. ♥♥♥ Ni saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, boleh lah ibu-ibu try untuk anak-anak.. bujang pun leh buat tau. Senang sangat.Saya pun tanya En.Gugel..cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah aiskrim.”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
1 Sudu besar ovelatte
1 Sudu susu pekat
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ade yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan. Boleh guna mixer, blender @ food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer & blender.Kalau dah likat tu dah okla. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.
IKLAN
2.Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas tu buat lagi setengah sebab bils blend dia akan mengembang nanti.Takut blender tak muat.
3.Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa ape nak letak. Macam saya ni..saya bahagi 2 bahagian je. 1 bahagian letak koko. Sesudu setengah cukupla.Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.
IKLAN
4.Selepas itu, untuk deko letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti sejuk selama 24jam.
IKLAN
Selamat mencuba ♥
Semoga bermanfaat ♥
Mudah je rupanya mak-mak nak buat aiskrim sendiri ni di rumah. Cuti sekolah tak lama lagi, boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak. Mesti mereka teruja bila buat aiskrim sendiri, malah kemanisannya pun boleh kita kawal.
‘Chicken Perattal’ Bukan Kari, Masakan Ayam Stail India Selatan Sedap Pekat. Sesekali ingin cuba kelainan masakan ayam boleh resipi Ayam Perattal atau ‘Chicken Perattal’ ini. Kalau masak ‘Chicken Perattal’ ni, memang sedap, wangi semerbak baunya memang membuka selera.
Boleh cuba resipi ‘Chicken Perattal’ yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam ini.
Ni saya nak share resepi simple tapi sedap. Chicken perattal. Mana tau dapat idea nak masak untuk petang ni kan.
Chicken Perattal bukan kari ye, salah satu masakan ayam stail India Selatan.
Bahan-Bahan:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili BABAS
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Cara Membuat:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau tak ada boleh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap untuk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari dan juga bahan kisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
6. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
8. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
9. Saya tak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
10. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
11. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas boleh, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat semua boleh.
Ada orang tanya serbuk cili brand apa sebab colour cantik.Serbuk cili tu saya guna brand babas ye.
Amboi, cantik berserinya Red Velvet Cream Puff yang Puan Suziyana Ibrahim Yana Sueini buat. Beliau namakan resipi ini ‘Red Velvet Cream Puff Kebaboom’. Mana taknya memang nampak gebu dan sedap.Digandingkan pulak dengan cream cheese dan fresh cream, tak dapat nak bayang kenikmatan rasanya.Selalu jumpa kek red velvet atau cupcake redvelvet, tapi kali ni cream puff pula.Cuti sekolah ni, boleh lah cuba buat Red Velvet Cream Puff dengan anak-anak nanti.
Ini perkongsian resipi tersebut.
Bahan A
1 ½ cawan air
100 g majerin
Garam secubit(Sebab majerin dah masin)
1 sudu gula
Bahan B
Telur 3 biji
Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 Sudu kecil vanila
* pewarna red pink
*1½ sudu kecil cuka makan
Cara Membuat:
1.Masak bahan A sehingga mendidih kemudian masukkan Bahan C.Kacau laju-laju supaya tidak beketul(pakai senduk pon boleh).Kemudian dah sebati tutup api.
2.Bila dah suam-suam baru masukkan B (telur satu persatu).
3.Kemudian tambahkan pewarna red pink + cuka makan 1½ sudu.
4.Dah sebati bolehlah masukkan kedalam pipping bag dan bolehlah pakai nozel yang buat semperit tu.
Untuk Filling:
Boleh pakai fresh cream dan cream cheese.Putar dulu fresh cream sampai kental kemudian putar pula cream cheese.Baru satukan sekali.
Ramai yang sedia maklum bahawa siaran TV analog telah ditamatkan dan ditukar kepada siaran TV digital.Pertukaran siaran ini adalah daripada menggunakan siaran berantena kepada perkhidmatan myFREEVIEW dan MyTV yang mempunyai dekoder. Perkhidmatan TV digital ini boleh didapati melalui dekoder dan menyiarkan pelbagai 15 siaran tempatan seperti TV3, TV2, TV1, TV Al-Hijrah dan sebagainya.Susulan penamatan siaran TV analog, ramai yang ingin membeli dan memasang dekoder untuk mendapat saluran tv.
Namun demikian, menerusi perkongsian Encik Anas Abdullah, sebenarnya tak perlu membazir dan terburu-buru untuk beli dekoder, sebaiknya ‘check’ dahulu tv sedia ada, sama ada telah dilengkapi “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” terutama bagi model tv baru.
Beliau turut kongsikan cara setting “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” ini mengikut jenama TV seperti Sharp, Toshiba, Panasonic dan Sony sebagai rujukan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Ramai tak tahu dalam TV yang diguna sudah ada MyFreeview/MyTV. Sebelum beli decoder, Check dulu mungkin TV anda ada “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”
“Ramai yang dah dapat tonton siaran Mytv/MyFreeview tanpa membazir beli decoder.”
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SHARP
1.Tekan button “INPUT” pada remote.
2. Jika ada input “DTV” maksudnya Tv anda sudah built-in Mytv/Digital Tv.
3. Kemudian tekan button “Menu” pada remote dan pilih “Initial setup”.
4. Pilih “Digital setting”.
5. Pilih “Manual Search”.
6. Masukkan no “CH” kawasan anda (Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7. Lepas masukkan no “CH” tekan “OK” pada remote.
*** Kalau tak ada signal,
1. Check jika antenna masih berfungsi.
2. Kalau antenna lama, boleh tukar baru.
3. Antenna outdoor lebih kuat untuk dapat signal.
4. Pastikan antenna menghala ke arah pencawang.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama TOSHIBA
1.Tekan input macam dalam gambar.
2. Pilih “DTV”.
3. Tekan button “Menu” pada remote.
4. Pilih yang gambar tv/setting.
5. Pilih “Digital Manual Tuning”.
6. Tukar “UHF CH” ikut kawasan (Semenajung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/Srwk: 34/36/42/43/47/52)
7.Lepas masukkan no Uhf ch, tekan button “OK” pada remote..tunggu dalam 3-5saat
8.Jika tiada signal, tukar no UHF CH yang lain hingga ada signal(sikit pun tak apa)
9.Bila dah jumpa signal, alihkan kedudukan antenna jika signal tak stabil
***Pastikan Antenna sesuai dan dalam keadaan baik.
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama PANASONIC
1. Tekan button “TV” pada remote.
2. Kemudian tekan button “MENU” dan akan keluar macam ni.
3. Pilih “Setup” kemudian “Tuning Menu”.
4. Pilih “DVB-T MANUAL TUNING”.
5. Ubah no “Channel”(guna button kiri/kanan pada remote).
6. Pilih no ikut kawasan. (Semenanjung: 30/43/44/45/46/49/52) (Sabah/srwk: 34/42/43/47/52)
7. Tukar no channel jika “signal level” & “signal condition” tak naik.
8. jika signal tak stabil macam dalam gambar, alih kedudukan antenna hingga jumpa tempat signal stabil.
9.Bila dah stabil, tekan “OK” pada remote untuk dia scan.
10.Siap!
Cara setting MyTv/MyFreeview untuk TV jenama SONY
Tekan button input.
2.Pilih DIGITAL.
3. Tekan button “HOME” pada remote.
4. Pilih “Setting” kemudian “system settings”.
5. Pilih “Channel Set-up” kemudian “Digital set-up”.
9.Lepas masukkan No, tekan “OK” pada remote..Tunggu dalam 3saat, tengok signal level ada naik tak.
10. kalau “Signal level” & “signal kualiti” tak naik, tukar no lain selepas 3 saat.
11. Jika ada naik signal, tapi tak capai separuh, sila alih kedudukan Antenna hingga signal stabil (Antenna outdoor senang untuk stabil)
12. Jika sudah jumpa kedudukan Antenna yang stabil, Tekan balik “Channel No” kepada satu, then pilih “Scan Up” atau boleh buat “Auto Setting”.
Info Ekstra!
Boleh layari http://www.mytvbroadcasting.my/liputan_siaran/ untuk tengok lokasi pencawang terdekat dan tengok google maps kawasan rumah boleh agak nak hala antenna ke arah mana.
Anas Abdullah
Tak semua perlu beli baru
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi tak perlu membazir atau terburu-buru nak beli tv atau dekoder baru. Boleh ‘check’ dulu TV sedia ada, sama ada telah dilengkapi oleh “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview” atau tidak, ikut panduan yang dikongsikan ini.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...