Kata-kata meruntun jiwa itu disuarakan Attar Azim Syukran Jamil, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.
Foto: NSTP
Menurut Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, perasaan sebak itu diluahkan murid Tahun Tiga tersebut sebaik dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan dua adiknya.
Menurutnya, pada mulanya Attar Azim yang cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra tidak percaya dan hanya menganggap kematian ahli keluarganya sebagai gurauan.
Umi Salwa Ab Hamid
“Sehinggalah pagi tadi, pak longnya beritahu sekali lagi. Kenyataan itu membuatnya terdiam, dia hanya memandang ke atas seolah sedang menahan sebak.
“Apabila dia menyebut ‘semua dah tak ada’, itu membuatkan kami bertambah pilu dan sedih,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda Trolak Utara dekat Sungkai di sini pada Ahad, memetik sumber Sinar Harian.
Punca Kemalangan
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama bayi mereka, Lufya Adeena berusia setahun maut di lokasi kejadian.
Ads
Seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi, 6, pula disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Umi Salwa berkata, keadaan kesihatan Attar Azim menunjukkan perkembangan positif dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Ads
Katanya, keadaan itu memberi kesempatan kepada anak yatim piatu itu mengiringi jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di sini hari ini.
“Proses mandi dan kafan jenazah diselesaikan di hospital. Insya-ALLAH kesemua jenazah akan tiba di sini (Sungkai) lewat petang ini untuk pengebumian,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Umi Salwa berkata, pemergian Syukran Jamil amat dirasai ahli keluarga terutama ibu bapa mereka apatah lagi anak kelapan daripada sembilan beradik itu seorang yang ceria dan suka bergurau.
Katanya, Allahyarham yang berkhidmat sebagai guru Kafa Ar Raudhah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam juga mempunyai hubungan rapat dengan anak saudara dan menjadi antara orang kuat dalam penganjuran hari keluarga.
“Kami adik-beradik memang rapat, setiap tahun ada sahaja acara supaya kami dapat berkumpul dan selalunya memang arwahlah paling teruja.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Januari lepas sewaktu hari pertunangan anak saudara kami. Arwah dan keluarga nampak biasa sahaja dan ceria seperti selalu.
“Arwah ada sediakan hadiah kelahiran anak kepada adik bongsu kami lebih awal, seolah-olah macam tahu dia akan pergi,” katanya.
Jenazah empat beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika anda masih ingat tentang kisah seorang pemuda bernama Acap, atau nama penuhnya Mohammad Ashraf Hassan yang hilang ketika mengikuti larian Gopeng Ultra Trail 2019, di Gua Tempurung.
Kehilangannya yang penuh misteri sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) jasad Acap dilakukan berbulan-bulan lamanya. Baik oleh unit penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), badan bukan kerajaan (NGO), orang awam yang turut melibatkan mereka yang ahli dalam kehilangan ghaib ini.
Denny Lang masih setia mencari adiknya, Acap yang masih hilang.
Ramadan kali ini sudah masuk tahun kedua Acap hilang. Begitu pun abangnya, Denny Lang masih tetap setia, mencari adiknya di Gua Tempurung tanpa sedikitpun putus harap.
Apabila negara dilanda wabak Covid-19 dan mula melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, ibu Acap, Siti Maznah Khamis juga dalam kesibukan membantu negara menghadapi kekalutan wabak pandemik.
Malah pertengahan April lalu, Denny Lang kongsikan ibunya sibuk dengan menyediakan baju PPE untuk dipakai petugas-petugas hospital pada waktu itu.
Abah lipatkan baju tu.. pergh! untung.
Jahit Baju PPE, Cara Mak Luahkan Rindu Pada Acap
Kata Denny, mungkin itu salah satu cara untuk ibunya lepaskan rindu pada anak yang sekian lama tak dapat didakap lagi.
Sebelum ini, adiknya itu pernah bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor.
“Mungkin ni antara cara mak nak lepaskan rindu. Petugas-petugas hospitak dijahitkan baju PPE kepada mereka. Mak ambil raw item dan jahitkan untuk kegunaan jururawat dan doktor secara sukarela. Tak perlu bayar.”
Bukan saja tidak mahu terima upah, malah ketika menghasilkan baju berkenaan tahap kesihatan ibunya ketika itu diuji dengan masalah jantung. Membuatkan kondisi kesihayan ibu tak berapa memuaskan.
“Semangat mak betul-betul menginsafkan saya.” Luahnya sebak. Dalam pada itu, Danny juga berkongsi perbualan wasap antaranya dengan ibu tentang usaha yang ibu lakukan ketika itu.
Isteri dan anak Acap.
Kehilangan Acap ini juga meninggalkan seorang isteri, Hamizah Mohd Ali dan anak perempuan, Aisyah.
MW : Mendoakan semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian kehilangan yang getir.
Tak dapat bayangkan perasaan pasangan ini begitu sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya berhasil. Segala penat lelah usahanya turunkan berat badan untuk sihat akhirnya berbaloi kerana berita yang dinanti-nantikan akhirnya menjadi kenyataan.
Berita ini dikongsikan dalam TikToknya, @ayshaalams dan posting ini menjadi viral kerana rata-rata netizen turut menumpang rasa bahagia kerana bukan mudah buat @ayshaalams untuk hamil.
Sebak hati seorang suami bila isterinya telah hamil.
Pernah obes dan berat badan badan mencapai 200 kg serta pernah dengan beberapa masalah kesihatan membuatkan empunya diri sukar hamil pada awalnya.
Malahan dengan tekad dan usaha yang kuat, wanita ini dilihat bersungguh-sungguh menurunkan berat badan. Bukan semata-mata untuk kurus sebaliknya untuk kembali sihat.
Pernah obesiti dan beratnya pernah mencapai 200 kilogram.Selepas turunkan berat badan.
Ternyata usahanya yang memakan masa lapan tahun akhirnya berbaloi apabila dia hamil dan menjadi detik manis buat @ayshaalams dan suami.
Syukur Akhirnya Disahkan Hamil
Dalam videonya, @ayshaalams mengatakan bahawa ini saja yang mampu hadiahkan buat suami. Tetapi sudah tentu hadiah ini tidak ternilai harganya dengan barangan mewah lain.
Reaksi suami @ayshaalams juga menyentuh perasaan. Sama-sama bersusah, senang sudah tentu bukan satu perjuangan yang mudah. Namun pasangan ini buktikan jika ada usaha, pasti ada jalannya.
Ramai yang turut mendoakan @ayshaalams dan pasangannya.
Mingguan Wanita : Benarlah kunfayakun, jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia. Semoga @ayshaalams terus kuat semangat!
Watak popeye, cerita kartun yang membuatkan sesiapa tengok pasti leka. Awal-awal ‘hero’ mesti kalah, tapi bila dah diberi makan bayam, terus bertenaga demi menyelamatkan isteri tersayang dari penjahat.
Inilah watak kartun popeye yang sentiasa menghisap paip dan mempunyai tatu sauh di lengannya. Kartun ini dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar. Ia adalah watak pelaut dan kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar dan menghisap rokok paip.
Di sebalik watak popeye ini ada lelaki yang sebenarnya.
Gambar ini adalah lelaki iaiatu watak popeye yang sebenar.
.
Tak ramai yang tahu tapi Popeye ni memang berdasarkan orang yang betul-betul wujud. Inilah Frank ‘Rocky’ Fiegel yang berasal dari Poland-Amerika yang menjadi tentera laut pada tahun 1887.
Selepas Frank bersara, dia direkrut oleh pekerja Wiebusch tavern (macam kedai pub), Illinois sebagai ‘orang kuat’. Kira macam jadi bouncer dekat pub gitu.
Benda ni sebab orang selalu kenal dia sebagai jenis kuat gaduh dengan orang, dan sebelah mata dia macam jadi cacat sikit. Daripada mata cacat ni lah datangnya nama ‘Pop Eye’ (mata terkeluar). Dia juga selalu djumpai dengan rokok paip yang dia letak di tepi mulutnya, dan sebelah lagi mulut dia dia guna untuk bercakap.
Bila dia jumpa budak budak, dia suka bercerita pasal perkara yang dia buat zaman semasa zaman muda dulu, terutamanya pasal kekuatan dia. Selalu cakap benda yang buat dia jadi kuat ialah sebab dia suka makan sayur bayam.
.
Dalam kalangan kanak kanak tersebut, ada seorang budak ni bernama Ezlie Crisler Segar yang bila dia dah besar, dia cipta watak kartun Popeye, sempena lelaki ni.
Mingguan Wanita : Olive, isterinya pula tak pasti macam mana kewujudannya. Mungkin ini sekadar imaginasi untuk menarik perhatian penonton melihat kartun ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...