Kemeriahan musim ibadah haji tahun ini cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Jika selalu jutaan umat Islam berhimpun dan telah berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Namun tahun ini Kerajaan Arab Saudi telah menghadkan hanya penduduk di negara tersebut yang terpilih untuk menjalani ibadah ini, setelah melalui proses pemilihan dan saringan kesihatan yang ketat.

Arab Saudi akan memulakan tugas sebagai tuan rumah bagi ibadat haji mulai Rabu ini dalam keadaan jutaan umat Islam di seluruh dunia terpaksa melupakan hasrat menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya dalam sejarah moden berikutan pandemik COVID-19.

Sekurang-kurangnya 10,000 penduduk di Makkah akan mengerjakan ibadat itu pada tahun ini, berbanding 2.5 juta jemaah yang melaksanakannya tahun lalu.

Baca Lagi Di Sini:
Malaysia Tangguh Hantar Jemaah Haji, Penambahan Kuota Tahun Depan Dalam Perbincangan
7 Amalan Ini Bila Dilakukan, Dapat Pahala SAMA Macam Buat Haji & Umrah!

Media Antarabangsa Tidak Dibenarkan Buat Liputan

Selain itu, media antarabangsa turut tidak dibenarkan membuat liputan berikutan kerajaan memperketatkan kemasukan dan kawalan kesihatan di Tanah Suci bagi mengelakkan penularan COVID-19 dalam tempoh lima hari yang diperuntukkan untuk menjalani ibadat berkenaan.

IKLAN

Menurut pihak berkuasa, jemaah yang bakal melaksanakan ibadat haji tahun ini sudah mula masuk ke Tanah Suci sejak hujung minggu dengan memakai pelitup muka, selain turut dipantau melalu sesi imbasan suhu dan perlu menjalani kuarantin.

Dibekalkan Kit Haji

Menurut dokumen program Kementerian Haji dan Umrah, setiap jemaah akan dibekalkan dengan kit bagi memudahkan proses ibadat haji, termasuk batu yang disteril bagi ibadat melontar, pembasmi kuman, pelitup muka, sejadah dan kain ihram.

Jemaah juga diwajibkan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum tiba di Makkah dan perlu menjalani kuarantin selepas selesai ibadat.

IKLAN

Pihak kementerian turut menyediakan beberapa fasiliti kesihatan, klinik bergerak dan perkhidmatan ambulans yang akan turut bertindak sebagai pemantau bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi berkata, cuma 1,000 jemaah iaitu dalam kalangan penduduk negara itu dibenarkan mengerjakan haji tahun ini.Bagaimanapun, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dibenarkan melaksanakan ibadat itu.

IKLAN

Pemilihan Jemaah Secara Telus

Menteri Haji dan Umrahnya, Dr Mohammed Saleh Taher Benten, berkata proses pemilihan jemaah dibuat secara telus dengan tahap kesihatan menjadi kriteria utama. Katanya, kira-kira 70 peratus jemaah haji terdiri daripada warga asing yang bermastautin di negara itu.

Setakat ini Arab Saudi merekodkan lebih 260,000 kes COVID-19, sementara jumlah keseluruhan jangkitan di seluruh dunia sudah pun melebihi 16 juta pada Ahad. – AFP

MW: Sememangnya kemeriahan musim Ibadah Haji pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelum ini. Biar pun tak dapat mengerjakan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini, namun yang paling penting kesihatan diri lebih utama. Semoga pandemik covid-19 ini segera berlalu pergi.

Sumber: Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI