Hantar Anak Sekolah Atau Tersekat Kesesakan, Ambil Masa Seminit Dua Berdoalah

Share

Tindakan memohon doa semasa hantar anak sekolah atau ketika tersekat dalam kesesakan.. bunyinya nampak simple saja sebenarnya. Malah, tak nafikan ramai sebenarnya mak ayah yang buat.

Namun, besar impaknya pada anak-anak. Lagi-lagi jika mak ayah berdoa bersama anak-anak yang berada dalam kenderaan.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Abdul Muiez Ruslee ini, berdoa semasa dalam perjalanan menuntu ilmu ini ada banyak kelebihannya.

Marilah sama-sama semak, apakah kelebihan yang akan diperoleh jika tak tinggal berdoa semasa dalam kenderaan menuju ke destinasi ilmu ini.

Berdoa Semasa Hantar Anak Sekolah, Ini Kelebihannya

Bila hantar anak ke sekolah, biasanya apa yang kita buat semasa dalam perjalanan?

Senyap? Layan perasaan? Atau tengok YouTube?

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama.

Antaranya ialah berdoa.

Saya fikir, berdoa semasa dalam perjalanan menuntut ilmu, banyak kelebihannya.

Saya terkesan kepada satu hadis nabi yang kerap saya dengar. Maksudnya, “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan ke syurga.”

Memang padu betul hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ni.

Bila kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu dengan ikhlas, Allah mudahkan bagi kita jalan menuju ke syurga. Syurga weh. Bukan kaleng-kaleng. Allahu akbar.

Baca sini : Allahyarham Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Bersyahadah Dengan Sempurna Sebelum Dijemput Ilahi

Perjalanan Anak Ke Sekolah Dikira Berjihad

Lepastu kan, bila anak-anak kita dalam perjalanan ke sekolah, mereka turut dianggap sebagai berjihad, tahu?

Ada hadis yang menyebut tentang ini. “Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali

.”

Lepastu kan, anak-anak kita ini akan dipayungi oleh malaikat dan seluruh makhluk turut mendoakan mereka.

Rasululullah pernah sebut tentang hal ini.

Para malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredaan kepada penuntut ilmu. Orang yang berilmu akan dimohon keampunan buat mereka oleh penduduk langit dan bumi, bahkan hingga ikan yang ada di dasar laut.”

Subhanallah tabarakallah.

Doa Kuat-kuat Supaya Anak Dengar Sama

Kalau seluruh makhluk mendoakan anak-anak kita, kenapa tidak kita ambil masa, angkat tangan dan berdoa bersama-sama. Doa kuat-kuat supaya anak-anak kita dengar. Biar mereka tahu, apa yang kita sebut.

Saya selalu ulang,semoga anak-anak tak menangis bangun pagi. Tak banyak kerenah nak ke sekolah. Alhamdulillah, nampak adalah perubahan.

Bila kita doa kuat-kuat, anak kita tahu, apa yang kita minta dekat Allah

. Mereka pula mengaminkan. Subhanallah. Indah betul.

Jadi, kalau ada masa, sama ada dalam perjalanan, tersekat dalam kesesakan atau tengah beratur di lampu isyarat, ambillah satu dua minit untuk berdoa bersama. Lepas doa, salam dan cium pipi.

Tak perlulah nak tunggu dah sampai pintu sekolah baru nak peluk cium semua. Manalah jalan tak jam.

Kalau dah biasa buat, alhamdulillah. Kalau belum buat, kita cuba ya.

Cari BAJU SEKOLAH ANAK di sini : https://invol.co/claql51

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Published by
Netty Ah Hiyer