Lumrahya bagi mak ayah yang bekerja akan menghantar anak-anak ke pengasuh mahupun taska. Namun demikian sikap kurangnya empati, tak kiralah hantar anak ke pengasuh mahupun ke taska boleh menimbulkan rasa konflik kedua belah pihak. Penting ada rasa empati dan bertimbang rasa jika mahu hantar anak-anak ke pengasuh mahupun taska.

Ini antara perkara yang mak ayah perlu  ambil berat sebagai panduan, lebih-lebih lagi jika pertama kali, berhasrat untuk hantar anak pada pengasuh atau taska.

Baca perkongsian ini;

Saya perkenalkan diri sebagai N. Saya mula bekerja sebagai pengasuh ketika umur saya awal 20-an. Lepas habis belajar, susah nak dapat kerja yang bagus so ada kerja kosong masa tu try saja apply. Diterima dan terus mula bekerja di sebuah taska.

Saya dah berjumpa dengan ramai budak dan ibu bapa. Mereka ada pelbagai ragam dan kadang-kadang boleh buat kita panas hati juga. Atas alasan mereka bayar perkhidmatan kita so mereka rasa mereka bebas nak perlakukan kita sesuka hati mereka.

Kami pengasuh tak minta banyak sebab kami tahu kerja kami bagaimana. Tapi ibu bapa tolong ada empati. Saya tahu tak semua parent tu teruk sebab saya juga dah jumpa ramai parent yang baik dan langsung tak berkira.

Bila anda plan nak hantar anak untuk dijaga oleh pengasuh atau taska, tolong ambil manfaat apa yang saya tulis ini.

1. Latih Minum Susu Guna Botol

Jika sesudah cuti bersalin anda akan bekerja, latih baby minum susu dengan menggunakan botol seawal yang boleh. Bukan besok nak hantar ke
taska, hari ni baru ajar anak. Tak boleh. Kerana nanti anak anda akan meraung macam kena dera sebab dia tak biasa dengan puting tiruan.

Tolong ya. Ini penting. Baby akan meragam sepanjang masa sebab lapar dan tak pandai menyusu dengan flow puting tiruan. Pilihlah puting yang sesuai
untuk bayi anda.

2. Jangan Amalkan Suka Dukung, Pangku Anak Setiap Masa

Untuk bayi lagi, jangan biasakan baby anda tidur dengan keadaan sekian-sekian. Sebagai contoh, “anak saya kalau nak tidur kena dodoi sambil dukung ke sana ke mari.” Atau, “anak saya suka tidur berkepit dengan saya, baru dia tidur lama.”

Hello, tolong ye. Tak boleh. Di taska tiada pengasuh yang boleh buat macam tu. Kami ada banyak lagi tugas lain dan bukan nak jaga anak awak seorang. Pengasuh persendirian pun tak sanggup nak jaga baby yang high demand. Trust me.

Jangan amalkan suka dukung dan pangku anak setiap masa sebab bila dihantar kepada pengasuh, anak anda akan nak dilayan sebegitu. Kena biasakan juga mereka di tilam sahaja supaya mereka biasa dan takkan melalak jika ditinggalkan sekejap.

3. Bersihkan Anak Sebelum Hantar

Anak yang berumur 1 tahun ke atas, tolonglah mandikan sebelum hantar kepada jagaan pengasuh setiap pagi. Sekurang-kurangnya kau mak-mak tolonglah salin diaper anak kau.

Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh. Nak bawa keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu.

IKLAN

Sesekali mungkin boleh diterima, kalau setiap hari tolong ubah sikap ini. Jangan jadi mak yang malas.

4. Ambil Anak Tepat Pada Waktunya

Ambil anak tepat pada waktunya jika tidak mahu dicas overtime. Masalah ni kalau di taska mungkin bukan masalah besar sebab pihak taska memang akan cas dalam yuran.

Tapi bila melibatkan pengasuh persendirian kebanyakan parent kedekut betul nak bayar ot kepada pengasuh. Dan pengasuh pula tak sampai hati nak
cas lebih. Anak kau dah seharian tinggal dengan pengasuh, ambillah di waktu yang tepat.

Disebabkan saya sekarang cuba mengasuh secara persendirian, saya kerap hadap masalah ini. Siap call dulu kita untuk cakap ambil anak lewat sebab nak balik rumah dulu untuk masak makan malam atau kemas rumah.

Hello, pengasuh bukannya orang gaji anda ya. Cukup masa mereka bekerja, sila ambil anak anda. Kalau nak tunggu sampai anda siap masak untuk makan
malam, agaknya sampai pukul berapa anak anda di rumah pengasuh?

5. Cuti Rehat Hujung Minggu Melainkan Kecemasan

Jangan minta pengasuh jaga anak di hujung minggu. Ini kerap terjadi kepada mana-mana pengasuh. Alasan nak keluar beli barang dengan suami taknak bawa anak. Macam mana pengasuh nak tolak kalau dah ada depan rumah.

Pengasuh pun nak berehat di hujung minggu.. nak habiskan masa dengan keluarga. Bagi mereka rest dari jaga anak anda. Mereka pun ada urusan
mereka di hari cuti.

Melainkan ada hal kecemasan dan ini melibatkan budi bicara pengasuh. Kalau mereka menolak, ibu bapa tidak boleh memaksa.

Saya pernah diminta menjaga seorang anak ini kerana ibunya mahu pergi ke salon untuk rebonding rambut. Dan ada juga sengaja meninggalkan salah seorang anak sebab nak bawa yang seorang lagi berjalan.

Kenapa ya? Kenapa pilih-pilih anak macam tu? Sepanjang minggu dah mereka bersama pengasuh, hujung minggu spendlah masa berkualiti bersama-sama.

Baca Lagi Di Sini:
Mak Ayah Yang Tinggalkan Anak Dengan Pengasuh, Amalkanlah Doa Yang Pernah Diajar oleh Ustaz Dr. Haron Din Ini
Ibu Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

6.Cari Pengasuh Ikut Kesesuaian Waktu Bekerja

Untuk ibu yang kerja shift, carilah pengasuh yang mampu ikut jadual shift anda. Jangan pandai awal-awal sebelum hantar berjanji akan ikut waktu pejabat tapi bila dah hantar tiba-tiba ikut shift anda.

Kebanyakan pengasuh tidak mahu menjaga anak yang ibunya bekerja shift lebih-lebih lagi melibatkan waktu malam. Jadi, carilah pengasuh yang sesuai supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

7. Kena Libatkan Bantuan Suami

Suami anda kena supportive. Kalau anda ada hal urgent, mintalah suami ambil anak di taska atau di rumah pengasuh. Ramai yang saya jumpa, bapa-bapa tak involve bab hantar dan ambil anak.. Semuanya serah bulat-bulat pada si ibu.

Sebagai bapa, tugas menjaga anak bukan terletak di tangan seorang ibu semata-mata. Isteri ada hal, andalah yang datang ambil anak. Bukannya anda berehat di rumah.

8. Tak Berkira Dengan Pengasuh

Jangan berkira dengan pengasuh.Jika anda tak berkira dengan pengasuh, mereka juga tak akan berkira dengan anda. Tapi kalau anda pun terlalu cerewet itu ini dengan hal yang remeh temeh, pengasuh pun jadi tak seronok nak jaga anak anda.

9. Ikut Persetujuan Awal Jaga Anak

Jika dalam persetujuan anda dan pengasuh untuk jaga seorang anak, maka hantarlah seorang. Jangan pula tiba-tiba tumpangkan si kakaklah, tumpangkan si abanglah. Jangan.
Kalau nak hantar dua orang, deal untuk dua orang. Bayarlah untuk dua orang. Pengasuh mencari rezeki dengan mengasuh anak anda bukannya volunteer jaga anak anda percuma.

10. Pastikan Anak Serasi Dengan Pengasuh

Jika pengasuh bermasalah seawal minggu pertama mereka menjaga anak anda, cepat-cepatlah tukar kepada pengasuh yang lain. Jangan ada sikap bersangka baik tak kena tempat. Pastikan anak anda serasi dengan pengasuh.

Kunjungi mereka sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan anak anda dalam jagaan mereka. Lihat persekitaran dan suasana dalam rumah mereka supaya tidak timbul isu di lain hari. Ini paling penting untuk anda sebagai ibu bapa.

Setakat ni sahajalah untuk panduan kita bersama. Semoga kita masing- masing akan mendapat manfaat. Maaf andai ada kesilapan dalam menulis, sila buat teguran supaya saya juga dapat ambil pelajaran.

Pastikan anda memilih pengasuh yang berdaftar. Pengasuh persendirian juga perlu berdaftar. Ini penting.

Sekian terima kasih.

– N (Bukan nama sebenar)

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat mak-mak yang ada hantar anak-anak ke pengasuh mahupun ke taska. Lebih-lebih lagi jika pertama kali ingin menghantar anak-anak.

Sumber: IIUM Confessions