Berita

Hannah Yeoh Bidas Cadangan MP PAS, Poligami Untuk Selesaikan 8.4 Juta Wanita Lambat Kahwin

Share

Hannah Yeoh bidas cadangan MP PAS, poligami untuk selesaikan 8.4 juta wanita lambat kahwin.  Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh membidas cadangan Ahli Parlimen PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat semalam yang mencadangkan poligami bagi menyelesaikan masalah 8.4 juta wanita yang lambat berkahwin.

Dalam perbahasan peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga  & Masyarakat KPWKM, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, melahirkan rasa bimbang kepada peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.

Seramai 8.4 juta wanita dilaporkan belum bertemu jodoh di negara ini. Gambar sekadar hiasan.

Hannah Yeoh Bidas Cadangan MP PAS

Justeru itu,  beliau mencadangkan kerajaan memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah wanita yang lewat berkahwin.

“Negara kita ini sensitif soal isu poligami, bila sebut poligami macam buat jenayah. Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini di mana bagi mereka yang mampu, ada kelayakan, boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

Poligami Untuk Selesaikan 8.4 Juta Wanita Lambat Kahwin

“Kita boleh bayangkan 8.4 juta golongan wanita yang belum kahwin walaupun itu bukan penyelesaian yang muktamad, tetapi perkara ini dapat memberi jalan keluar,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Hal ini mendapat respon segera dari Hannah Yeoh di facebooknya apabila berkata, apa guna berkahwin tapi diabaikan.

“Pada pendapat saya, lambat kahwin bukan satu masalah yang perlu diselesaikan. Apa guna kahwin tapi diabaikan? Jodoh datang tak mengenal masa. Banyak lagi isu boleh dibahaskan untuk kesejahteraan wanita tapi…katanya yang berkongsi hal ini.

Namun semasa di Parlimen, saat ditanya oleh MP lain berapa isterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man cuba mengelak menjawab isu berkenaan dan membuat alihan dengan memberikan jawapan lain.

Isu ini mendapat respon dari ramai orang di aplikasi X apabila mengakui mereka antara yang termasuk dalam 8.4 juta orang itu namun ia bukan masalah besar kerana berkeyakinan jodoh itu ketentuan Allah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Masa Kecil Ingat Tak Kahwin Sebab Tak Sempurna”, Pensyarah Kongsi Momen Bahagia Bergelar Seorang Isteri

Cubaan ‘Sondol’ Rumah Tangga, Nadya Syahera Pesan WANITA BUJANG  Tidak Ganggu Keharmonian Pasangan Suami Isteri

Rupanya Terlalu Berdikari Jadi Punca Ramai Wanita Membujang

‘Suami Orang’ Stabil Sebab Isteri Bantu, Wanita Bujang Binalah Hidup Bersama Orang Bujang

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros