Hanis Arif Kongsi Cara Konsisten Naikkan 5 KG Berat Badan, Yang Dipelajari Dari Personal Trainer

Rupanya bila tengah usaha nak naikkan berat badan, perkara penting yang mak-mak kena tahu adalah berapa kadar metabolisme badan kita. Jadi, mak-mak boleh rancang cara mana naikkan berat badan ikut kesesuaian tubuh.

Inilah yang dikongsikan oleh si cantik manis Hanis Arif, 28 pengasas Tudung Ruffle dalam usahanya naikkan 5 kg berat badan sendiri. Hasil konsisten ikut cara yang ditunjukkan personal trainer, Hanis berjaya mencapai sasarannya.

Sekarang berat Anis 44kg. Nak push jadi 50kg. Ini untuk kesihatan diri dalam jangka panjang. Lagipun, Anis nakkan healthy BMI.” Katanya memaklumkan Mingguan Wanita.

Haa.. kalau nak tahu macam mana isteri kepada Muhammad Irshad Dato’ Kapten Razali, 29 ini boleh dapatkan berat sekarang, kenalah hadam catatan pengalamannya dalam usaha menaikkan berat badannya itu.

Ramai yang DM kepadanya bertanyakan tentang tips dia menaikkan berat badan. Haa.. inilah jawapan Hanis. Katanya sebelum seseorang naik naikkan berat badan itu mereka kenalah tahu berapa kadar metabolisme dalam badan sendiri.

Dari situ kita boleh agak-agak macam mana cara nak makan dan juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam Anis. Naik turun, naik turun.”

 

Ads

Hanis Arif Kongsi Cara Konsisten Naikkan 5 KG Berat Badan, Yang Dipelajari Dari Personal Trainer

Cara Hanis Arif Naikkan Berat Badan

Periksa Kadar Metabolisme Guna Alat Penimbang

Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada

 

Hanis Arif Kongsi Cara Konsisten Naikkan 5 KG Berat Badan, Yang Dipelajari Dari Personal Trainer

Dah Tahu Angka, Kena Makan Ikut Keperluan

Metabolism rate Anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 kalori sehari. Jadi untuk Anis, naikkan berat badan, Anis kena ambil kuantiti makanan paling kurang 2000 kalori sehari.

Ads

Dari makanan Anis ambil tu, 2000 – 1600 ( badan bakar tenaga ), Anis tinggal 400 kalori dalam badan, hopefully, 400 kalori tu simpan boleh jadi lemak and otot.

Cara Kira Pengambilan Kalori:

√   Macam mana nak kira calorie intake ni. Just agak, setiap satu pinggan ( contoh nasi lauk ayam ) dalam 500 kalori. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi (4 x 500 kalori).

√    Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena ambil weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pun cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah kalori dalam badan.

Senaman Pun Penting Untuk Kembangkan Otot

Exercise pun penting juga untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan. Sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan (bagi effect badan tebal ). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh

Ads

Kena Makan Banyak

Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba. Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around.

 

Hanis Arif Kongsi Cara Konsisten Naikkan 5 KG Berat Badan, Yang Dipelajari Dari Personal Trainer

Doakan Saya Capai Sasaran – Hanis Arif

Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6 kg. Wish me luck tau.

Setakat ni saja pengetahuan Anis tentang cara naikkan berat badan yang Anis belajar dari personal trainer. If Anis salah bagi info tolong betulkan ya.” akhiri Hanis yang juga seorang graduan kejuruteraan.

Sumber/Foto : Instagram Hanis Arif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI