Wanita atau isteri memang lembut jiwanya. Setiap kata-kata dari suami pasti melekat di hati isteri, tak kiralah sama ada pujian atau cacian. Jika sang suami tidak berpuas hati dengan isteri, sebaiknya handle dengan baik kerana handle isteri ada seninya.
Jangan sekali menghambur kata-kata tanpa beralas, pasti isteri akan berkecil hati dan merajuk. Sekali pun sentap dengan sikap isteri, tegurlah baik-baik demi kebaikan bersama. Bila masing-masing hormat-menghormati barulah rumah tangga lebih bahagia.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkeflidan fahami cara terbaik menegur isteri tercinta:
Tuan-tuan, untuk handle wanita ini ada seninya. Sebabnya mereka makhluk yang sarat dengan emosi. Tak boleh main hambur sahaja kata-kata tanpa beralas.
Sekiranya niat ingin mendidik wanita agar menjaga kesihatan dan penampilan diri, biarlah ianya untuk meningkatkan rasa cinta dan sayang kepada dirinya sendiri.
Wanita perlu jaga pemakanan kerana apabila mereka tidak jaga pemakanan perutnya tidak sihat, lalu boleh memberi banyak impak negatif kepada emosi, BMI, kulit, bau badan dan sebagainya.
Apabila wanita jaga pemakanan dan mendapat berat ideal menjadikan tubuhnya langsing mudah bergerak dan beribadah, lebih ceria, kulit pun lebih muda kerana hasil dari makan makanan yang berkhasiat.
Sampaikan Secara Positif
Ads
Cubalah sampaikan dengan pendekatan lebih positif. Contohnya,
Puan-puan,
Kalau waktu kulit isteri kusam, badan gemuk pun suami sayang, tentulah para suami yang baik dan supportive itu pun akan gembira apabila isteri bertambah ceria, sihat dan yakin apabila isterinya mendapat BMI yang normal, stamina lebih kuat serta kulit yang sihat. Insyallah.
Lagipun, suami mana yang tidak suka isterinya sihat, cantik dan wangi kan? Begitu jugalah sebaliknya kan?
Haaa.. Kan nampak lebih harmoni pendekatan sebegini? Didiklah dan galakkan para isteri sebegini bukannya dengan ugutan tidak munasabah.
Jangan Menyindir, Mengugut
Jangan sindir dan perli, isteri kena diet supaya suami tak curang. Wanita kena diet, jaga penampilan sebab kalau gemuk nanti badan berbau, suami lari.
Ini bukanlah untuk mendidik, melainkan memberi kesempatan untuk suami yang ‘ignorant’ untuk mudah meletakkan salah atas pasangan sedangkan yang salah itu dirinya sendiri.
Ads
Maaflah, saya muak sungguh dengan penyataan bahawa apabila suami curang, kesalahan itu perlu dibebankan ke bahu isteri yang dikhianati itu.
‘Suaminya curang sebab isteri dia yang tidak pandai jaga suami.’
‘Suaminya lari dengan perempuan muda sebab isteri dia gemuk dan tak jaga penampilan wajah.’
Sebab itu tidak hairanlah suatu ketika dahulu, apabila tular kes seorang isteri bergelar surirumah dikhianati dan ditipu oleh suaminya yang sudah berbulan berkahwin dengan artis tanpa pengetahuan di isteri tadi, dia menjawab, “salah saya, sebab saya tak pandai jaga suami…”
Allahuakbar, terluka hati saya mendengar statement sebegitu keluar dari mulut wanita yang dikhianati suaminya sendiri.
Educate Wanita Ikut Cara Betul
Saya beranggapan, tak salah pun apabila kita mahu educate wanita sayangi dirinya sendiri, jaga kesihatan diri, utamakan diri sendiri. Namun, jangan lupa hakikat bahawa kebanyakan wanita berkahwin perlahan-lahan meninggalkan semua ini kerana lebih mengutamakan suami dan anak-anaknya.
Lupa nak berdandan. Lupa nak utamakan kesihatan. Pakai dan makan apa adanya sahaja. Tak apa, utamakan keperluan keluarga dan anak-anak dahulu. Sudahnya, mereka terlupa tentang diri mereka sendiri.
Ads
Sebab itu, tuan-tuan yang bijak pandai semua, dalam pada sibuk mahu educate kaum wanita menjaga kesihatan dan penampilan diri, jangan lupa pula untuk mengingatkan ‘penjaga dan pelindung’ para isteri ini, iaitu SUAMI mereka.
Educate juga para suami supaya galakkan dan SUPPORT isteri untuk mencapai hal-hal ini tadi. Peranan suami sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting untuk isteri yakin diri, sayang dirinya sendiri.
Bukannya main ugut-ugut!
Berhenti Salahkan Isteri
Berhentilah salahkan kaum isteri jika suami buat onar dalam rumah tangga. Suami ini yang mengkhianati amanah mereka. Jangan pula disalahkan isteri yang merupakan mangsa kezaliman suami-suami seperti ini.
Wahai suami, jangan sesekali lupa.
“Ar-rijalu qowwamuna ‘alan nisa'”
Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Maka, bersikaplah sebagai pemimpin yang baik.
MW: Sebagai suami sebaiknya tegurlah isteri secara baik jika dirinya tak seperti dahulu lagi. Jangan dicari di mana salahnya seorang isteri, sebaliknya hargai isteri apa adanya. Barulah rumah tangga kekal bahagia sampai bila-bila.
Mempunyai kepakaran didalam bidang perbidanan dan sakit puan, memberikan peluang dan pengalaman manis buat Dato’ Dr. Hamid Arshat, 73 untuk menyambut kelahiran cucu-cucu beliau sendiri.
Dr. Hamid Arshat,merupakan antara Pakar Sakit Puan Melayu yang terawal dalam arena perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan ramai berkaitan masalah kesuburan dan sakit puan.Perkongsian hidup selama 47 tahun bersama isteri tersayang,Toh Puan Maimon pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang anak dan 12 orang cucu. Lebih istimewa, peluang dapat mengazankan dan menyambut sendiri kelahiran 8 daripada 12 orang cucu-cucunya, daripada keturunan sendiri memberi pegalaman cukup bermakna buat beliau.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat dalam facebook miliknya baru-baru ini.
NIKMAT SAMBUT KELAHIRAN CUCU SENDIRI
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak. Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth, Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut oleh pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
7 Secara Normal & 1 Pembedahan Ceasarean
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah ceasarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di Malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli-ahli keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur-prosedur pembedahan. Manusia memang lemah.
Nikmat Sambut Kelahiran & Azan Keturunan Sendiri
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri.Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya ke jalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak-anak islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk-datuk dan nenek-nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu-cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Menyambut kelahiran cucu ke12. Mohammad bin Arief pada 23.4.16
Sejak 7 hari lalu, puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 cuma memiliki nama timang-timangan. Malam tadi, bersempena majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puterinya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami mengumumkan kepada hadirin pilihan nama anak sulung mereka adalah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa.
Sebelum ini Ibu dan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 59 memanggil Siti Aafiyah dengan nama gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena nama puteri rasulullah SAW. Malah panggilan manja, Comel Pipi Merah turut digelar ibunya yang juga penyanyi tersohor negara.
“Selepas saya hamil, kami mula mencari nama yang paling sesuai. Ilham nama ini diperoleh ketika di Tanah Suci Makkah. Di sana, doa pendek inilah yang sering suami saya nampak.
Nama Ilham Dari Tanah Suci Makkah
Doa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah, Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
Afiyah ini membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang , kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
“Kemudian, suami saya tanya sama ada setuju atau tidak memberikan nama Aafiyah. Nama itu membawa segala-gala maksud yang baik-baik.
“Dalam masa yang sama saya memikirkan nama yang dicadangkan suami. Tak sangka, setiap hari dekat handphone doa-doa yang diupdate pada saya adalah doa yang memang menyebut tentang aafiyah.”
Daripada situlah tercetusnya, beliau dan suami memilih Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa sebagai nama yang diberikan kepada permata sulung mereka.
Akui Siti lagi sepanjang 7 hari ini, dia memanggil anaknya dengan nama Fatimah Az-Zahrah. Memandangkan nama Siti Aafiyah pun sudah melekat di hati, ada ketikanya dia memanggil puterinya itu dengan panggilan Aafiyah,
“Bila panggil Fatimah Az-zahrah pun dia senyum, panggil Siti Aafiyah pun dia senyum. Ternyata dia bayi yang suka senyum.” Ulas beliau lagi, beliau akan memanggil anaknya dengan nama penuh memandangkan nama itu adalah doa.
“Biar dia dapat maksud doanya dan saya yang memanggil pun dapat juga.” Datuk Seri Siti Nurhaliza juga lebih selesa jika membahasakan dirinya sebagai ibu. Agar lebih mesra dan lembut.
Jadi Ibu Hamil & Melahirkan Pengalaman Yang Sangat Nikmat
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat merakam perasaan indah sebaik bergelar ibu.
“Alhamdulillah, Allah perkenankan doa selama 11 tahun. Setiap detik, setiap waktu tak pernah saya lupa memohon pada Allah agar diberi pengalaman untuk menjadi seorang ibu, merasai pengorbanan seorang ibu.
“Syukur pada ibu yang melahirkan saya, ibu mentua yang telah melahirkan suami saya. Ini adalah anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya.
“Pengalaman jadi ibu hamil dan melahirkan pengalaman yang sangat nikmat. Walaupun sewaktu melahirkan ada komplikasi, Allah mudahkan segalanya.”
Majlis tahnik dan aqiqah puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ini disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri yang bertempat di kediaman pasangan suami isteri ini.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada para ulama yang dihormati dan sanjung, Dato Mufti Wilayah Persekutuan, guru-guru agama kami yang sentiasa menasihati dan membimbing keluarga kami. Begitu juga dengan sahabat, saudara mara tercinta sepanjang saya hamil sehingga saya melahirkan.
“Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu, isteri, anak malah menantu yang baik untuk anak, suami dan seluruh keluarga.” Akhiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam ucapannya malam tadi.
Tolong mak ayah pun sebenarnya salah satu cara mudah nak peroleh pahala dan melangkah ke syurga Allah. Tapi kenalah dibuat dengan ikhlas. Ini tidak, baru tolong mak sikit, merungutnya panjang berkajang-kajang. Sakit tanganlah, lenguh kakilah. Bila mak-mak ada anak yang kuat merungut macam ini, tak pasal-pasal mak pun jadi geram.
Macam manalah nak pujuk anak biar ikhlas membantu. Tak perlu dipaksa-paksa buat kerja. Tip ini mak-mak boleh praktik. Minta anak bantu tanpa memaksa mereka.
1. Imbuhan Itu Booster!
Katakan jika tolong mak, mak akan bagi duit untuknya beli aiskrim. Pasti si kecil akan ringan tangan membantu.
2. Penatnya Mak Hari Ini…
Beritahu anak, anda sudah penat seharian buat kerja itu dan ini. Sekarang tiba masa tolong mak pula. “Boleh Amni tolong ibu ambilkan barang sekian-sekian.” Minta dengan suara yang sedih dan simpati. Anak tentu tak akan sampai hati membiarkan anda keletihan.
3. Hadiahkan Ke Taman
Kanak-kanak memang suka bermain di taman permainan. Sebut sahaja anda akan bawa mereka ke situ pasti akan melompat kegirangan. Umpan dengan mengatakan anda akan bawa dia ke sana jika tolong anda buat kerja rumah. Ibu perlu tepati janji ya, jika anak sudah membantu.
4. Mengungkit Demi Kebaikan
Salah satu tip, anda boleh katakan sudah banyak pertolongan yang anda buat untuk anak. Anda sudah basuh bajunya, masak untuknya, pakai baju untuknya dan banyak lagi. “Tidak bolehkah jika Amni tolong mak kali ini. Amni pula tolong mak.” Pasti dia akan tolong anda. Tidak salah mengungkit dengan anak sendiri.
5. Nak Masuk Syurga Tak?
Mungkin anak tidak berapa faham apa itu Syurga. Tapi anda boleh terangkan kepadanya terlebih dahulu. Dengan itu anda katakan jika tolong anda, ayah dan adik, kakak akan dibalas syurga dan dapat pahala. “Kakak tidak mahu ke syurga ke.” Pasti dia akan membantu anda.
6. Keajaiban Pelukan Mak
Sebelum anda meminta tolong, bermanja dengan terlebih dahulu. Puji, peluk dan ciumnya. Lepas itu anda minta pertolongannya. Bila dia dah dapat upah emosi sebegitu, dia tidak lagi berkira. Tak pasal-pasal, tak perlu suruh dia dah buat kerja yang anda belum minta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak...