Hancur hati seorang isteri, suami tergamak noda anak OKU hingga lahirkan bayi perempuan. Betapa kecewanya seorang isteri bila mana anak perempuannya menjadi mangsa nafsu serakah suaminya sendiri.
Anak perempuannya itu yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di Dungun, Terengganu.
Perbuatan terkutuk suspek berusia 45 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dibawa ibunya ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya hamil sebelum remaja itu melahirkan seorang bayi perempuan di klinik itu kira-kira 7 malam hari sama.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, mangsa dan bayi perempuannya itu kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
“Polis yang menerima laporan kemudiannya menjalankan siasatan dan mendapati pelajar terbabit masih belum berumah tangga.
“Hasil siasatan, kita menahan seorang lelaki yang juga bapa mangsa pagi hari ini,” katanya.
Maizura berkata, siasatan awal polis percaya mangsa diperlakukan sedemikian oleh suspek sejak mangsa berusia 12 tahun.
Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Siasatan polis turut mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya.
Mingguan Wanita: Mengapa seorang bapa sanggup memusnahkan masa depan anak gadisnya sendiri sedangkan sepatutnya dia yang menjadi pelindung.
Sumber: Harian Metro Kredit foto: Freepik
Baca artikel lain juga: Pasangan OKU Selamat Berkahwin, Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Cipta Bahagia
Wangian Ameer Safone Bukti Keberanian Amir Safuan Dalam Bisnes. Status OKU Bukan Halangan
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.