“Hancur Hati Ini”, Luahan Adik Fatin Kehilangan Ibu Ayah Lepas Daftar Kolej Matrikulasi Undang Sebak

Share

Hancur hati ini, luahan adik Fatin kehilangan ibu ayah lepas daftar kolej matrikulasi undang sebak.

Saat diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa secara serentak adalah ujian paling perit buat seorang anak. Apatah lagi ia pemergian secara mengejut. Luahan adik Fatin Syafika yang kehilangan ibu ayah terlibat kemalangan maut selepas menghantarnya daftar Kolej Matrikulasi Perak mengundang sebak ramai.

Hancur Hati Ini

Kemalangan menimpa ibu ayahnya dilaporkan berlaku di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu petang isnin selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar barangan kepadanya di kolej.

Beginilah kenderaan dinaiki ibu ayahnya yang terlibat kemalangan ketika ingin menghantar barangan kepadanya selepas pendaftaran di kolej matrikulasi

Luahan Adik Fatin Kehilangan Ibu Ayah Lepas Daftar Kolej Matrikulasi Undang Sebak

Dalam kejadian menyedihkan ini, selepas menghantar Fatin ke kolej, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.

“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku.

Ibu bapanya terkorban di tempat kejadian sementara nenek dan adiknya cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Ayah Dah Nak Sampai”, Anak Kongsi Tragedi Bapa Meninggal Dihempap Pokok Hujan Lebat Di Ibu Kota

Tiga Beradik Tinggal Di Rumah Tanpa Pengawasan, Ibu Meninggal, Ayah Pula Bertarung Nyawa Di Hospital

Dalam pada itu, dilihat adik Fatin berkongsi keratan akhbar kejadian, ibu ayah yang di dalam usungan keranda dan menulis, “hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku  bila sampai ke tempat kejadian tadi. Tak pe aku redha, kuat demi adik-adik aku” kata anak sulung ini yang mana video di muat naiknya telah ditonton lebih 1.4 juta orang. Ramai menzahirkan rasa simpati atas ujian dihadapinya dan semoga dirinya kuat menghadapi dugaan ini.

Walau perjalanan kisahnya akan jadi berbeza pada usia remaja begini namun didoakan dirinya berjaya dalam pendidikan dan mampu menjaga adik-adiknya kelak, aamiin. Sumber:- Tik Tok Fatin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros