Hampir 3 Bulan Selisih Faham, Aliff Syukri Pilih Berdamai Dengan Isteri

Share

Diam tak diam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dekat tiga bulan berdepan konflik suami isteri, Datin Seri Nur Shahida. Selepas menempuh fasa sukar hubungan suami isteri ini, akhirnya damai jadi pilihan mereka.

Kata Aliff dalam captionnya di instagram, “terima kasih Allah.. kerana masih sayangkan family ini.”

Perselisihan faham yang terlihat jelas di instagram kedua pasangan ini apabila masing-masing tak memuatnaik gambar bersama. Melainkan bersama anak-anak dan ibu masing-masing.

 

 

Malah, seringkali Aliff meluahkan emosi sedihnya sehingga mengundang tanda tanya dalam perhubungan mereka. Biarpun demikian, netizen sentiasa mengingatkan jutawan ini agar melihat kembali kebaikan yang isterinya telah lakukan sebelum-sebelum ini.

Begitu juga nasihat nenek dan ibu Aliff sendiri, Bonda Rozita yang begitu senang dengan kehadiran menantu yang baik itu.

Bak kata ibunya yang minta anaknya fikir masak-masak sebelum membuat apa-apa keputusan, “mak tak beri kau kekayaan, mak beri kau Ida je. Anak kau lima.. lawa-lawa Kri

..”

Terbaru, Aliff berkongsi yang akhirnya dia memilih untuk bahagia dengan keluarganya.

 

Ada Famili Bahagia, Itu Paling Istimewa

Tulisnya,

Inilah arti kebahagiaan yang sebenar.

Siapa setuju walapu banyak tempat dah kita pergi, walau banyak kawan dan benda yang paling berharga sekali pun, benda yang paling istimewa adalah mempunyai family yang bahagia.

Rasanya tak ada benda yang paling mewah dan mahal selain ada kegembiraan yang kekal dan juga hakiki. Bersama keluarga, anak-anak dan juga isteri.. alhamdulillah hari ini abang bangun pagi untuk shoot di Astro.

Dan abang sempat makan air tangan isteri abang masak sendiri (peraturan baru) dan sempat lagi hantar anak-anak abang ke sekolah.. walaupun tuhan saja yang tahu betapa penatnya abang sebab nak handle,
@as.legacymalaysia @sugeh.resort @asluxurybeg
@romahmakanterlajaklaris @palacealiffsyukri

yang teramat banyak tapi abang gigih kan juga demi keluarga tercinta. Bagi abang nak kekal bahagia macam ini.. mudah sahaja kita suami isteri kena. Setia dan memahami.

Itulah kunci menjadi pasangan yang bahagia! Faham tak anak-anak? Gitu tetiba jadi Doktor Love. Penat dahlah jadi asyik jual produk jee, abang nak tukar kerjaya dah ni… Abang nak jadi pakar-motivasi boleh tak kalau boleh komen dekat bawah mana tahu komen anda memberi semangat kepada abang untuk buat benda yang baik-baik lepas ni.

 

 

Kami Pasangan Kontra Dari Semua Sudut – Aliff Syukri

Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran yang perlu dilalui.

Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasangan kontra dari semua sudut.

Siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga saya pasti semua pernah.. begitu juga saya. Itulah lumrah kehidupan. Cuba bayangkan dua kepala yang dilahirkan berbeza perut, nak hidup sekali sampai ke mati.

Mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza, pendapat dan ego. Sedangkan dengan ayah dan mak pun kekadang kita tidak sependapat. Dan kadang kala mahu bergaduh, inikan pula suami isteri.

Orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini. Bagi abang dalam perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing-masing. Kadang kala tak semua benda kita betul.

Yang Penting Cari Titik Keserasian

Tak guna pun kalau kita cari siapa betul atau siapa yang menang? Pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami.

Tapi suami pun kena pandai main peranan lah.. jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri. Begitu juga dengan isteri, kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami.

Jangan suami buat baik.. dipijak kita pula. Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam kehidupan. Maklumlah kita bukan hidup dalam syurga. Kalau semua sempurna.. itu namanya syurga.

Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga. Terima kasih doa kalian semua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa? Yang berlaku ini biarlah kami sahaja yang tahu.

Kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami.. apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu saya ciptakan sempena kisah sedih saya yang bergaduh hampir 3 bulan.

MW : Bila berlaku selisih faham suami isteri, duduk berbincang ketika tenang itulah yang sebaiknya.

Sumber/Foto : Aliff Syukri Terlajak Laris

Published by
NETTY AH HIYER