Hampir 16 Jam Bertarung Dalam Bilik Bersalin, Hetty Sarlene Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi yang berasal dari Singapura, Hetty Sarlene, 37 yang telah selamat melahirkan anak lelaki.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi akaun Instagramnya. Malah dia juga memaklumkan, bayinya itu telah selamat menjenguk dunia pada hari Khamis, 28 Januari, kira-kira jam 3.25 petang.

Hetty Sarlene Namakan Bayi Lelakinya, Landon Alexander Oakes

Bintang yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima yang mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil yang berasal dari London pada 23 Julai 2016 sangat bersyukur dengan kehadiran putera mereka ini.

“3.25 petang, anak lelaki kami selamat dilahirkan. Berat 3.2 kilogram.

“Kami perkenalkan si kecil kami yang kacak, Landon Alexander Oakes.

“Segala kesakitan, kurang tidur pada waktu malam, hampir 16 jam di bilik bersalin, 2-3 minit sakit bersalin yang kuat, segalanya berbaloi,” tulisnya.

Hetty bersama suami ketika sedang sarat mengandung.

Cahaya Mata Lelaki Ini ‘Keajaiban’ Buat Hetty & Suami

Pasangan ini sebenarnya sudah menanti hampir empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Dan Hetty menyifatkan anaknya itu sebagai ‘baby lockdown’ memandangkan Singapura menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ketika itu.

Malah kehadiran Landon Alexander Oakes juga disifatkan sebagai keajaiban buat mereka suami isteri.

Baca Disini Juga: 

Bersalin Atas Perahu Ketika Redah Banjir, Anak Dinamakan ‘Siti Noor Banjiriah’

Ainan Tasneem Bersalin Bayi Kembar Secara Normal, “Semoga Kedua Bayi Menjadi Daie Dan Daieyah”  

Kekal Cantik & Sihat, Tya Ariffin Kongsi 4 Tip Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Ucapan Tahniah Rakan Artis & Pengikut Instagram

Sumber/Sumber Foto: Instagram Hetty Sarlene

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh