Kalau dah tuhan nak bagi rezeki anak, tak siapa dapat menolaknya. Memang rezeki sungguh apabila ibu dan anak gadis hamil serentak. Kiranya ibu mendapat cucu dan anak mendapat adik baru.
Kisah seorang wanita yang hamil serentak dengan ibunya menjadi tular di media sosial Indonesia selepas kedua-dua mereka melahirkan bayi lelaki yang mempunyai jarak usia 40 hari, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Ade Tiana Putri atau lebih mesra disapa sebagai Tiana berkongsi video anak dan adiknya yang kelihatan seperti bayi kembar.
“Seperti sedang bermimpi, melahirkan anak dan dalam masa masa, mendapat adik baharu yang mempunyai jarak usia 23 tahun dengan saya,” kata Tiana menerusi keterangan dalam videonya.
Tambah Tiana, ketika hamil, dia dan ibunya sering melakukan aktiviti bersama seperti membeli pakaian bayi serta mengidam.
Sejurus dilahirkan, kedua-dua bayi itu sering dipakaikan dengan pakaian sedondon seperti pasangan kembar dan tidur bersama-sama memandangkan Tiana dan ibunya tinggal serumah.
“Aktiviti harian adalah menjaga anak dan adik. Mereka juga seperti pasangan kembar kerana memakai pakaian sedondon,” katanya.
Tambah wanita dari Bogor, wilayah Jawa Barat itu kepada Wolipop, ramai netizen ingin tahu berapakah usia ibunya memandangkan mereka hamil serentak.
“Ibu saya berusia 42 tahun. Dia mempunyai tiga anak. Saya merupakan anak sulung, anak kedua berusia 18 tahun dan yang ketiga adalah bayi lelaki ini,”
ujarnya sambil menambah, kedua-dua bayi tersebut kini telah berusia setahun.Video mengenai Tiana dan ibunya menjadi tular dengan menerima banyak komen daripada netizen.
“Berapa umur ibu anda? Masih muda,” kata seorang netizen.
“Mereka (bayi) kelihatan seperti pasangan kembar,” kata pengguna lain.
@yayaptr5 Membalas @Sherly Angelie ♬ Komang
Mesti Baca:REZEKI Kakak Kembar Dapat Adik Lelaki Kembar Selepas 20 Tahun!
Baca Lagi Di Sini: “Kami Tidak Pernah Merancang.” Rezeki Timang Anak Kedua, Selepas 17 Tahun Penantian
Artikel Menarik: 23 Kali Buat Rawatan (IVF), Rezeki Wanita Lahirkan Bayi Kembar Pada Usia 50 Tahun!
Mingguan Wanita: Wah rezeki sungguh anak dan ibu hamil serentak. Macam kembar pula. Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.