Berita

Hamil Luar Rahim “Keguguran Lebih Sakit Dari Bersalin” Ain Edruce Trauma Terlalu Sakit

Share

Ain Edruce hamil luar rahim. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ain Edruce yang baru saja keguguran.

Hasrat Ain untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.

Sebelum itu Ain mengetahui dirinya hamil anak kedua namun doktor sahkan kehamilan kali ini berisiko tinggi. Malah  doktor juga menasihati Ain agar menjalani prosedur menggugurkan kandungan pada minggu lalu.

“Tahun ini saya tiada rezeki tambah anak lagi. Saya dapat tahu hamil sewaktu menjalani penggambaran di Dubai pada pertengahan Februari lalu.

“Kami buat pemeriksaan dan nampak kantung di kawasan tiub fallopio. Doktor cakap mungkin cyst (ketumbuhan) tetapi sebenarnya saya mengandung luar rahim selama lapan minggu.

“Kami kena cepat selesaikan masalah kerana boleh bawa maut. Jumaat lepas sekitar pukul 8 malam pendarahan saya tidak berhenti selepas doktor cucuk untuk hancurkan tanda-tanda bentuk bayi dalam kandungan,” ujar Ain seperti mana dipetuk menerusi KOSMO! Online.

Traumi Alami Pendarahan Teruk

Ain turut menjelaskan dirinya berasa trauma apabila mengalami pendarahan yang teruk.

“Sebenarnya mental saya sudah sedia untuk kehilangan zuriat kedua kami dan hanya menunggu masa untuk datang bulan seperti biasa.

“Namun, mental saya belum mampu untuk berdepan pendarahan yang teruk kerana sakit sangat.

“Apa yang saya lalui pada Jumaat lepas sememangnya meninggalkan kesan sehingga trauma kerana terlalu sakit. Walaupun sudah ambil ubat painkiller, tetap tak mampu tahan kesakitan,” kongsinya.

Baca Disini : ‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Sumber Foto : Instagram Ain Edruce

Sumber : KOSMO! ONLINE

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Published by
Norhayati Suboh