Hamil Kembar Tak Seiras, Ainan Tasneem Bersyukur Dan Teruja

Masih ingat lagi dengan penyanyi 150 Juta, Ainan Tasneem. Selepas mendirikan rumah tangga Ainan ambil keputusan mengundur diri dalam bidang seni. Biarpun tak lagi bergelar penyanyi, ramai peminat Ainan masih mengenalinya.

Biarpun ketika Ainan memakai purdah, masih ada yang kenal Ainan. Malah peminatnya itu turut mengenali suami dan anak perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Ariffuddin Mohammad Swaimi.

Diam tak diam, Ainan kini sedang hamil bayi kembar tak seiras. Akuinya sudah pun memasuki trimester kedua. Dan dah empat bulan usia kandungannya itu.

Ujar Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, jantina anaknya kelak ada kemungkinan bayi lelaki dan perempuan, atau bayi-bayi perempuan, atau bayi-bayi lelaki. Ini kerana kantung dan uri bayi kembarnya itu berbeza.

Hamil Kembar Tak Seiras, Ainan Tasneem Bersyukur Dan Teruja

Teruja Hamil Kembar Tak Seiras – Ainan Tasneem

Kongsi Ainan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,

IKLAN

Btw ramai yang tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.

Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula-mula dapat tau news ni macam terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dapat tahu dia bakal dapat 2 adik.

IKLAN

Hamil Kembar Tak Seiras, Ainan Tasneem Bersyukur Dan Teruja

Alahan Teruk Sepanjang Trimester Pertama

Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak.

Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yang pregnant twin? Jom share pengalaman sepanjang pregnancy dengan Ainan.”

IKLAN
View this post on Instagram

Hari sabtu dan ahad lepas Ainan dan keluarga kecil Ainan pergi bercuti ke Legoland. It was an unplanned trip actually tapi kami anggap ianya hadiah sempena birthday Salsabiela. So hari Sabtu kami ke waterpark, dan hari Ahad kami pergi ke theme park. So far dua dua best sangat! Siapa yg ada anak 4 years & above confirm dorang sukaaa sangat datang sini. Hehe ramai yg tanya budak bawah 3 tahun akan enjoy ke kat sana sebab Salsabiela pon baru je masuk 2 tahun. Ainan rasa dorang akan enjoy jee sebab banyak jugak ride yg Salsabiela boleh naik & dia main betul2 sampai letih sampai tertido petang tu haha. Cumanya kalau budak tu atas 4 tahun lagiii la banyak ride yg dorang boleh main. Kalau atas 6 tahun lagi la! Semua ride akan boleh main. . Waktu kitorang datang ni weekend n yg bestnya Legoland tak ramai orang langsung! Ktorang naik ride berulang kali sampai bosan n takyah beratur tiap kali nak naik ride tu. 😂So takyah beli express lane dah haha jimat duit. Mungkin sebab musim Corona ni kan so thats y tak ramai orang. Sebab setahu Ainan Legoland ni ramai sangat orang especially on weekend. Tapi sekarang tak. So kalau ada rasa yg nak bercuti boleh la datang sini 😊 But anyways stay safe everyone! Kalau jenjalan make sure dalam bag tangan tu ada sanitiser & pls do sanitize your hand every 10-20 mins & kerapkan minum air okay! . Ainan ada share igstory ktorang kat Legoland nanti boleh la tengok dekat highlight Legoland ❤️ InshaaAllah nanti Salsabiela dah 4 tahun nak repeat lagi datang sini kalau ada rezeki. . Btw kalau korang nak dapatkan tiket yg murah boleh beli dekat apps @klookmy atau @wonderfly.asia boleh jimat banyakk tau compare daripada beli kat website. 🥰

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on

Ainan mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2017 dan dikurniakan seorang puteri sulung, Ainan Salsabeila Binti Mohamad Ariffudin pada Mac 2018.

Selepas tak aktif menyanyi, Ainan memulakan perniagaan dalam bidang berlainan.

Sumber/Foto : Ainan Tasneem

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI