Pengorbanan buat para ibu-ibu sewaktu melalui tempoh kehamilan bukan semuanya ditempuhi dengan mudah. Ada yang diduga dengan mengalami pelbagai komplikasi dan masalah sepanjang tempoh kehamilan.
Alhamdulillah rezeki pelakon, pengacara dan model iklan Raja Farah Raja Aziz, 30 sedang hamil anak kedua dan telah memasuki usia 36 minggu. Farah hanya sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya matanya, namun menerusi perkongsian selebriti ini di Instagram, dirinya bakal bersalin secara induce memandangkan mengalami masalah kencing manis serta beberapa beberapa komplikasi sewaktu kehamilan.
Menurut Farah, dia melalui beberapa situasi sewaktu tempoh kehamilan kedua ini. Antaranya ketika usia kandungan berusia 5 bulan, Farah telah di masukkan dalam wad kerana mempunyai batu di pundi hempedu.
“Nak story sikit pasal some conditions I have to face in this pregnancy…masa pregnant 5 months, Farah kena admit di ward sebab ada gallstones dalam gallbladder..tentang yang ni, Farah akan cerita panjang lagi dalam 1 post khas nanti..InsyaAllah..Mm..selepas 4 hari di ward, semua makin Baik..sakit perut pun dah tak de sampai sekarang..Syukur sangat”
Menurut Farah lagi, ketika usia kandungan 33 minggu dia mengalami air ketuban yang tak banyak dan menjadi punca bayinya lambat berpusing kepala ke bawah. Namun atas nasihat doktor, Farah kerap memujuk bayinya dan ternyata cara tersebut berkesan.
“Masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala kebawah…tapi tak de lah merisau kan, Sebab masih ada masa untuk baby pusing..tapi Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak dekat borderline je..Jadi kemungkinan, baby susah nak pusing sendiri, sebab Air ketuban tak banyak.Tapi Doctor tetap suruh pujuk baby untuk pusingkan kepala kebawah”
“Betul lah method tu, memang bayi dalam rahim kita ni mendengar bila kita cakap dengan dia.so Farah selalu pujuk baby supaya pusing kebawah, termasuk lah Abang dia Imran tu..everyday akan cakap “baby….shinggg”. So base on my 35 weeks checkup, Alhamdulillah, baby dah pusing! Sekali lagi syukur sangat” ujar Farah.
Bukan itu sahaja, Farah turut mengakui kehamilan kedua ini dirinya gemarkan makanan manis dan menyebabkan mengalami kencing manis sewaktu mengandung sekaligus menyebabkan air ketubannya kurang.
“Tentang air ketuban pulak, so far belum ada good progress…masih di paras borderline…next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant.My gynae said, low amniotic fluid ni disebabkan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..! Mama suka makan manis this time….tu yang Gula tinggi…akibat nye Air ketuban rendah”
“Doctor said antara, Air ketuban terlalu banyak atau terlalu sikit bila Gula terlalu tinggi atau terlalu rendah.So again Farah down sikit..no more sweet foods & drinks for me…seharian minum plain water je sekarang ni, sungguh terseksa rasa.Sebab tekak memang nak benda-benda manis…tapi kena fikir kan untuk kebaikan baby.Mama kena berkorban demi baby Mama ni…InsyaAllah…pray for my strength yea everyone”
kata Farah lagi.Terdahulu, menerusi perkahwinan kedua, Raja Farah telah berkahwin dengan Iskandar Ismail pada 2015 dan dikurniakan cahayamata pertama Imran yang kini berusia 3 tahun.
MW: Selamat bersalin buat Raja Farah. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Pengorbanan buat ibu-ibu dan isteri menanggung pelbagai kesusahan dan komplikasi sewaktu hamil demi memberikan zuriat buat suami tersayang.
Sumber: Raja Farah Aziz