Bagi setiap ibu, pengalaman bersalin baik anak sulung atau seterusnya, tetap memberi momen yang akan dikenang sehingga ke akhirnya. Pendakwah bebas terkenal, Da’i Hamidah yang kini hamil anak kedua teringat kembali momen pengalaman melahirkan anak sulungnya.
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak, akuinya dirinya berasa bersyukur kerana sewaktu melalui saat sakit bersalin ada ibu yang menemaninya dengan iringan doa.
Perkongsiannya diinstagram miliknya itu, sebagai satu kenangan untuk menjadi tatapan anak sulungnya kelak.
“Di saat sakit melahirkan saya cuba kawal diri dengan berzikir & bertawassul kepada Allah Taala. Setelah itu, Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
“Ya Allah, andai engkau redho dengan kebaikan yang pernah kita buat kepada ibu bapa kita, jadikan anak ini anak yang solehah.”
“Tetiba teringat pengalaman melahirkan anak, bersyukur sebab ketika ini mak saya masih ada. Mak tak henti-henti berdoa dalam keadaan menunggu, syukur ada ayah ummi ( mertua ) yang sangat-sangat baik. Syukur suami menemani dari awal sehingga selesai. Nampak muka dia pucat. Selepas anak ini dilahirkan dan diminta di azankan kami berdua menangis.
Syukur sangat proses bersalin menjadi mudah , anak lahir secara normal dan urusan menjaga anak pertama ini juga mudah, Alhamdulillah. Boleh dikatakan perjalanan saya menuntut ilmu, menyampaikan ilmu dan semua urusan kami , anak inilah peneman setia.
Doa Untuk Anak Sulung – Da’i Hamidah
Saya rasa nak kongsi kat sini untuk tatapan saya kemudian hari. Anak pertama adalah anak yang banyak bantu diri kita menjadi lebih baik. Dengan mereka kita di ajar semula banyak perkara.
“ Semoga Fatimah Zahra membesar menjadi anak yang solehah ya Allah. Allahumma Aaaminnnn. “
( Sekarang Fatimah Zahra dah nak masuk 2 tahun).
Ibu bersalin, bertarung nyawa hidup atau mati, jagalah emosinya dari hamil hingga melahirkan.
Sejak Covid-19, Gali Lebih Banyak Ilmu
Kongsi Da’i Hamidah lagi, “Sejak Covid19 memang semua talk online saja. Bukan setakat talk, apa saja jenis urusan semuanya online. Ingat lagi mula-mula rasa macam segan nak terima maklumlah tak biasa. Tapi bila dapat tajuk yang best-best. Rasa macam semangat pulak nak gali lagi ilmu.
Ada company bisnes suruh ceramah tiap minggu maka sejak itu dapat banyak sangat maklumat tentang ilmu bisnes. Dan ada juga buat pelbagai program tapi melalui online saja. Mereka di Jordan, Indonesia dan Mesir tapi kita di Malaysia.
Tetap dapat jalankan program seperti biasa. Rasa macam teruja sangat dapat bergaul dengan pelbagai latar belakang pendidikan, masing-masing curahkan idea. Ada juga jemputan masjid, penceramah di rumah jemaah di masjid dan online fb masih tetap berkuliah ilmu. Alhamdulillah pengalaman ni amat bermakna. Terima kasih banyak-banyak pada semua penganjur.
Mahu Berehat, Dan Fokus Bersalin Anak Kedua
Cuma nak cakap bagi mereka yang pakat dok tanya tentang nak jemput ceramah, untuk tahun ini sampai bulan April 2021 saya terpaksa stop semua talk atau apa saja program kerja kerana saya nak bagi tumpuan sepenuhnya untuk bersalin dan baby baru.
Saja tak nak terikat dengan apa-apa jadual sebab nak berpantang tenang dan buat persediaan sebaik mungkin untuk menyambut permata ummah kami In Sya Allah. Walaupun saya stop semua jemputan ceramah atau program tetapi saya masih lagi akan berkongsi ilmu di media sosial saya ni.
Akhir kalam doakan saya dipermudahkan bersalin nanti ya.
Da’i Hamidah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Ahmad Salman Mohamad Jan di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018. Dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 11 March 2019.
MW : Mendoakan agar urusan bersalin Da’i Hamidah dipermudahkanNya.
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI