Hamdan Senario meninggal, “kalau ditidurkan jantung saya akan terhenti, isteri kongsi ayat terakhir diungkap suami.
Itu ayat terakhir yang diungkapkan anggota Senario, Allahyarham Hamdan Ramli kepada isterinya, Norhamalini Ahmed, 54, sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit-birit dan sesak nafas.
Hamdan Senario Meninggal
“Kalau saya ditidurkan, jantung saya akan berhenti.”
Jika beberapa hari lalu dirinya berkongsi suami sudah mulai sedar apabila mampu menggerakkan mata dan bibir tetapi ternyata itulah “tanda” dirinya cuba membahagiakan isteri di saat akhir hayatnya sebelum dijemput Illahi. Dan di hari Jumaat yang mulia dirinya menemui sang Khaliq.
Dalam pada itu, sahabat-sahabatnya dalam Senario turut bersedih dengan kehilangan tak tersangka ini.
Memetik laporan Harian Metro, Ilya Buang atau Pak Ya turut menangis dan terkejut kerana Allahyarham yang baru ditemui Sabtu lalu disahkan meninggal dunia tengahari, hari ini.
“Walaupun nadanya pada waktu itu sekadar melawak dan sambil tersenyum, tapi tak sangka memang betul apa yang dikatakannya itu.
“Apabila arwah ditidurkan dia sudah tidak boleh bernafas secara normal dan doktor perlu memberikan alat bantuan oksigen kepadanya.
“Kalau Ditidurkan Jantung Saya Akan Terhenti…”Isteri Kongsi Ayat Terakhir Suami
“Setahu saya arwah memang ada penyakit kencing manis dan sebelum ini pernah masuk wad kerana ada masalah jantung membengkak.
“Saya juga baru diberitahu rakannya yang arwah ada menghantar mesej memaklumkan dia ada menghidap penyakit tapi minta dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain pada 6 Disember lalu.
“Kami anggota Senario memang tak tahu arwah menghidap penyakit apa sebab apabila dipanggil untuk membuat persembahan di Johor dia cakap okay saja. Tapi apabila ditahan wad isterinya beritahu dia mengadu sakit pinggang hingga menyukarkannya untuk duduk waktu itu,” katanya.
Menurut Pak Ya, Allahyarham yang dikenali sejak lebih 35 tahun lalu sebelum mereka sama-sama menyertai program Sinaran Pasport Kegemilangan pada 1995 bersama Wahid adalah rakan yang sangat peramah dan suka membuat lawak.
“Dia suka buat lawak dengan orang dan gemar menggembirakan orang di sekelilingnya. Kemudian dia juga suka menasihati. Tak kisahlah soal kesihatan atau hal-hal lain. Dia sahabat yang akan bertanya dan memberikan nasihat.
“Kali terakhir bertemu dengannya adalah pada Sabtu lalu kerana sepatutunya ada persembahan bersama. Sebelum itu, sudah lama tak bertemu memandangkan dia menetap di Ipoh bersama keluarganya, manakala saya di Sungai Buloh. Cuma kami selalu menghubungi melalui WhatsApp,”katanya.
Ahad lalu, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.
Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan demam dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat anak.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI