Jumaat yang barakah ini, program bual bicara Mingguan Wanita mengupas isu berkenaan Hambakan Ibu Bapa dikalangan anak-anak. Hadir sama berkongsi komentar penceramah bebas Ustazah Asni Mansor serta Suzana Ghazali,Pakar Perunding Keluarga dan Guaman Syarie dalam program yang dikendalikan oleh Siti Elizad dan saudara Amin Idris.

Hambakan Ibu Bapa

Menurut Suzana Ghazali,menggunakan khidmat orang tua dalam urusan mengasuh cucu perlu datang atas kerelaan ibu bapa. Sekalipun orang tua setuju,sebagai anak perlu ada sikap bertimbang rasa,jangan mengambil kesempatan dan dan memberi imbuhan berpadanan dengan masa dan tenaga yang diberi sepanjang mereka menjaga anak-anak kita.

IKLAN

 

IKLAN

Tambah Ustazah Asni lagi bersyukur dan beruntunglah bagi anak-anak yang masih punya ibu bapa. Muliakan mereka di tempat selayaknya..santuni mereka di tempat terpaling mulia. Jika wujud salah faham waima isu berkecil hati,selaku anak segeralah memohon kemaafan kerana tanpa sedar hal sekecil itu memudaratkan hubungan antara ibu dan anak.

IKLAN

Turut diundang, Haiza penyanyi dan selebriti yang berkongsi cerita pengorbanan orang tuanya membantunya ketika khidmat mereka diperlukan. Sebolehnya penyanyi lagu Young & Gentleman ini akan memikirkan solusi terbaik bagi tidak membebankan orang tuanya.

Ada pesanan istimewa yang Ustazah Asni titipkan buat anak-anak khususnya…terutamanya berkenaan isu menghambakan ibu bapa.Nak tahu apa? Jangan lupa saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 8 malam ini di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI