Halba Mampu Tambah Susu Ibu & Bantu Kurangkan Berat Badan Mak-Mak

Biji Halba atau lebih dikenali dengan nama Fenugreek oleh masyarakat global adalah herba yang banyak digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional. Nama saintifik halba adalah Trigonella foenum-graecum.

Satu cawan biji halba dikatakan mengandungi lebih kurang 35 kalori. Di dalam biji halba juga turut mengandungi serat dan mineral, termasuklah besi dan magnesium.
Banyak kebaikan halba untuk kesihatan

1-Menambah Susu Ibu

Ibu yang baru melahirkan anak dikatakan ada yang mengamalkan pengambilan teh biji halba untuk tujuan menambah susu mereka terutamanya ketika mula-mula mahu menyusukan anak. Namun sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan cara yang sama, dapatkan nasihat doktor dan pengamal perubatan terlebih dahulu.

Anda boleh membuat sendiri teh biji halba. Caranya adalah dengan merebus satu sudu teh biji halba dalam periuk berisi secawan air. Biarkan ia mendidih lebih kurang tiga minit. Tapis air rebusan biji halba ini. Asingkan bijinya. Minum ketika masih panas atau boleh sejukkan terlebih dahulu. Anda boleh menambah madu atau lemon jika bagi menghilangkan rasa pahit air rebusan ini sebelum diminum.

IKLAN

2-Merangsang Testosterone

Biji halba dikatakan mengandungi bahan yang dikenali sebagai furostanolic saponin yang dipercayai mampu meningkatkan penghasilan testosterone. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan pengambilan biji halba mampu memperbaik tahap testosterone dan gejala-gejala berkaitan dengan testosterone rendah seperti kurang bernafsu.

Halba Mampu Tambah Susu Ibu & Bantu Kurangkan Berat Badan Mak-Mak

IKLAN

3-Membantu Mengawal Diabetes Dan Tahap Gula Dalam Darah

Dikatakan biji halba mampu menbantu dalam masalah metabolik seperti diabetes. Terdapat satu kajian yang telah dilakukan terhadap pesakit diabetes tahap 1 yang mengambil 50 gram serbuk biji halba sewaktu makan tengah hari dan makan malam. Selepas 10 hari, peserta kajian ini memiliki tahap gula dalam darah lebih baik. Terdapat juga
pengurangan dalam tahap kolesterol LDL atau kolesterol jahat.

4-Mengurangkan Sakit Akibat Haid

Dikatakan dengan mengambil lebih kurang 1800 hingga 2700 mg serbuk biji halba tiga kali sehari pada tiga hari pertama dan 900 mg serbuk biji halba pada hari selebihnya semasa haid mampu mengurangkan sakit akibat haid.

IKLAN

5-Mengurangkan Selera Makan

Bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan, bolehlah mencuba untuk meminum air rendaman biji halba. Apabila anda minum sekali air dan biji halba ini, anda akan rasa kenyang dan sekaligus mengurangkan ingin makan. Anda boleh rendam satu sudu teh biji dalam secawan air sehingga semalaman sebelum diminum.

6-Mencerahkan Kulit Muka

Kehadiran vitamin C di dalam biji halba dikatakan berguna kepada mereka yang mengalami masalah kulit. Anda boleh membuat masker biji halba dan sapu pada muka. Cara ini dikatakan mampu menjadikan muka lebih bersinar dan kulit lebih putih.

7-Rawat Masalah Keguguran Rambut

Biji halba dikatakan memiliki kandungan protein dan nicotinic yang tinggi yang dikatakan amat baik untuk menentang masalah rambut gugur dan kelemumur. Ia juga mampu merawat masalah pada kulit kepala seperti masalah kebotakan dan masalah rambut kering dan kusam. Caranya adalah dengan menyapu pes biji halba yang telah hancur pada kepala. Biarkan ramuan ini pada kulit kepala selama 20 minit sebelum rambut dibilas dan dicuci.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI