Susahnya rasa hati bila tanaman yang mak-mak belai dan sayang tu dihabiskan serangga perosak. Baik belalang mahupun ulat rama-rama tu. Apa kata cuba kaedah jimat campuran nescafe dan yakult ni.
Perkongsian Sara Saad dalam grup Alahaii Ekonomi : Mari Tanam Sayur! ini antara cara jimat kos yang memberi faedah yang maksimum dalam bidang pertanian.
Bahan diperlukan
Nescafe (kerana kuat kafeinnya) 2 sudu teh.
Yakult 1 botol kecil.
1/4 cawan air panas.
1. Nescafe 2 sudu teh dilarutkan dalam 1/4 cawan air panas. Biar sehingga sejuk. Bila dah sejuk masukkan Yakult (botol warna kuning) dan kacau hingga sebati.
2. Nisbah ini dicampurkan dengan 20 liter air dalam tangki penyemburan (Pastikan tangki ini telah dibasuh bersih-bersih dengan sabun sekiranya telah digunakan).
Ia perlu disembur selepas 4 petang untuk pertumbuhan mikroorganisma.
Masa penyemburan adalah 2 kali, iaitu 10 hari selepas penanaman sayur-sayuran ke batas/polibag dan sekali lagi selepas 25 hari penanaman, jumlah 25 hari ini sayur sudah dapat dituai. (siram pada hari yg ke sepuluh dan hari yang ke 25 selepas penanaman).
Bancuhan penghalau serangga ini untuk tanaman sayur-sayuran membolehkan sayur-sayuran kita segar dan terasa manis.
Mengapa kopi? Kopi dengan Chlorophylic Acid Caffeine merbahaya kepada serangga perosak yang terdapat dalam plot sayur-sayuran.
Cara ini berkesan dan tidak membahayakan tumbuhan dan manusia. Oleh itu, cara ini sangat penting untuk pengeluaran pertanian yang baik dan selamat.
Sumber/Foto : Sara Saad