Susahnya rasa hati bila tanaman yang mak-mak belai dan sayang tu dihabiskan serangga perosak. Baik belalang mahupun ulat rama-rama tu. Apa kata cuba kaedah jimat campuran nescafe dan yakult ni.
Perkongsian Sara Saad dalam grup Alahaii Ekonomi : Mari Tanam Sayur! ini antara cara jimat kos yang memberi faedah yang maksimum dalam bidang pertanian.
Racun Nescafe Dan Yakult (Susu Masam) Ni Menjadi
Bahan diperlukan
Nescafe (kerana kuat kafeinnya) 2 sudu teh.
Yakult 1 botol kecil.
Ads
1/4 cawan air panas.
Caranya
1. Nescafe 2 sudu teh dilarutkan dalam 1/4 cawan air panas. Biar sehingga sejuk. Bila dah sejuk masukkan Yakult (botol warna kuning) dan kacau hingga sebati.
2. Nisbah ini dicampurkan dengan 20 liter air dalam tangki penyemburan (Pastikan tangki ini telah dibasuh bersih-bersih dengan sabun sekiranya telah digunakan).
Ads
Wajib Tahu
Ia perlu disembur selepas 4 petang untuk pertumbuhan mikroorganisma.
Ads
Masa penyemburan adalah 2 kali, iaitu 10 hari selepas penanaman sayur-sayuran ke batas/polibag dan sekali lagi selepas 25 hari penanaman, jumlah 25 hari ini sayur sudah dapat dituai. (siram pada hari yg ke sepuluh dan hari yang ke 25 selepas penanaman).
Bancuhan penghalau serangga ini untuk tanaman sayur-sayuran membolehkan sayur-sayuran kita segar dan terasa manis.
Mengapa kopi? Kopi dengan Chlorophylic Acid Caffeine merbahaya kepada serangga perosak yang terdapat dalam plot sayur-sayuran.
Cara ini berkesan dan tidak membahayakan tumbuhan dan manusia. Oleh itu, cara ini sangat penting untuk pengeluaran pertanian yang baik dan selamat.
Pelajar darjah 1 ditolak kawan hingga terpaksa tiga kali jalani pembedahan, ibu kecewa kes anak didiamkan. Saat anak memasuki darjah satu, perasaan teruja ini pasti dirasai oleh semua ibu bapa.
Ini kerana saat ini bermulalah proses pembelajaran secara formal untuk anak-anak menimba ilmu hingga dewasa kelak.
Melihat kepada ragam anak-anak khususnya di darjah satu, ramai ibu bapa sentiasa menitipkan pesan kepada anak masing-masing agar berkawan baik-baik dan lain-lain lagi kerana ada ratusan pelajar dengan pelbagai ragam dan kelaku.
Ternyata keterujaan seorang ibu menghantar anak sulung masuk ke sekolah berakhir dengan kekecewaan seperti diluahkannya di media sosialnya.
Ibu ini, Saadiah Johari dalam perkongsian mendakwa anaknya, Nur Aisyah Adriana Mohd Rohaizad, ditolak kawan dari tingkat satu beberapa bulan lepas. Kesan tolakan itu mengakibatkan kepala anak kecil ini terhentak, tulang belakang cedera manakala buah pinggangnya bengkak sebelum satu pembedahan terpaksa dilakukan.
.
.Dalam perkongsiannya, Saadiah ada menjelaskan mengapa anaknya berkeadaan begitu di mana perlu menjalani pembedahan buat kali ke tiga.
Menurut ibu dua anak ini, anak sulungnya, Nur Aisyah Adriana jatuh tangga dari tingkat satu di sekolah kerana ditolak rakan.
“Sebenarnya sudah tiga kali pembedahan dibuat. Kali ketiga sebab ada jangkitan pada buah pinggang menyebabkan buah pinggang Nur Aisyah bengkak dari saiz yang sebelum ini. “Setiap pembedahan akan ada risiko dan ini salah satu risiko yang anak kena tanggung,” jelasnya.
Lebih menyedihkan Saadiah sudah mengambil cuti tanpa gaji dan cutinya juga sudah memasuki bulan ke empat dan jika keadaan sedemikian dirinya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya itu. Lebih menyulitkan, buat masa ini suaminya berada di Lubnan kerana bertugas di sana.
Namun dalam kes ini, apa yang lebih dikesalkan oleh ibu ini ialah tiada pembelaan buat kes anaknya walau anaknya perlu bertarung nyawa menghadapi pembedahan demi pembedahan.
Dalam satu luahan hatinya, Saadiah Johari yang merasa risau kerana anaknya selalu demam tinggi secara tiba-tiba hingga memaksa dia memandu pada jam 3 pagi menghantar anak ke hospital menulis :-
“Kesan anak ditolak di sekolah. Jatuh dari tingkat 1. Sampai pengsan. Tanpa belas kasihan cikgu. Sampai hari ini aku hanya mampu meraih tindakan pihak berwajib. Tapi apakan daya. Disebabkan kejadian dari bulan 4 cuti tak bergaji. Anak sakit. Sekolah dan guru kelas sekali pun tak pernah nak tanya keadaan anak aku. Laporan polis dibuat pun tak boleh nak ambil apa-apa tindakan. Mana kebenaran. Terlalu kejam dan rasa dianiaya untuk aku dan anak aku. Kenapa pesalah tak dihukum. Anak aku sampai hari ini menderita. Hari ini kena operation mana tanggungjawab seorang guru?? Soalnya.
Luahan hatinya mendapat perhatian dari pendakwah Ustaz Zamri yang menubuhkan tabung untuk membantu pelajar ini. Bahkan sejak luahan hati ibu ini tersebar, ada banyak pihak yang mengadakan bacaan Yaasin untuk kesembuhan anaknya. Selain itu dibantu oleh individu lain yang bersimpati dengan nasib anaknya itu. Sumber: Saadiah Binti Johari
Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza atau nama sebenarnya Nur Dayana Binti Kamsun Baharin, 26 ini ada bakat pro bab bab masak memasak. Akhir-akhir ini Dayana rajin berkongsi masakan hasil air tangannya.
Bukan itu saja, dia juga berkongsi resepi cara membuat setiap lauk pauk yang dikongsikan dengan para peminatnya di instagram.
Punyalah rajin Dayana Roza ni, siap beri resepi lagi dekat follower instagramnya. Antara yang menarik perhatian tentulah resepi Dayana ni memang ‘syok’ sungguh dengan tambahan petai. Itu yang menambah selera kan.
“Umi takde so boleh la masak lauk ni. Sebab Umi tak makan sotong masak hitam ni. Petai saja tambah so ada la sayur. Sapa tak pernah try la.
“Buat pedas-pedas sikit memang sedap. Tapau sikit nak pergi fishing.” Kongsi Dayana Roza lagi.
Menu Lauk Pauk Hasil Air Tangan Dayana Roza
Sotong Masak Hitam Dan Petai
Sotong
Dakwat sotong 2
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Serai dititik
Asam keping
Petai
Gulai Tempoyak Udang Galah Dan Pucuk Ubi, Petai
Udang galah (hasil memancing)
Tempoyak
Bawang merah
Kunyit hidup
Cili padi
Santan
Daun kunyit
Serai
Pucuk ubi
Petai
Sambal Hijau Petai Ikan Bilis
Petai 4 tangkai
Ikan bilis goreng
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia sikit gila ( blend dengan bawang )
*Untuk kurangkan bau petai kuat sangat kat sambal
Cili padi hijau yang tak pedas sangat tu agak-agak lah you nak pedas mcm mana.
I letak 25 cili (blend)
Caranya:
1. Tumis semua then masukkan asam keping 1, I suka tumis sambal lama so jadi lagi sedap.
2. Kalau kering masukkan air sikit, masuk bawang besar yang dah hiris (I guna sebiji) then garam gula ikut sesedap rasa baru masukkan petai & bilis.
3. Sikit je supaya ada rasa bilis tu. Yang lebih ikan bilis. I jenis asingkan supaya dia crunchy time makan dengan nasi panas-panas.
Sambal Tumis Ikan Kurau Style Orang Kampung
Jangan tanya mana ikan masin tu sebab dah tenggelam dalam sambal. Bawang lebih sebab sedap ratah manis-manis rasa bawang tu.
Comel Je Bila Sheila Rusly Tanya Gini
“Nak ganti mama buat Ketuk-ketuk Ramadan ke?”
Dan ada juga peminat Asam Pedas Untuk Dia masih ingatkan watak Anin Sofea malah request asam pedas dari Dayana Roza.
Yang rindukan lakonan Dayana Roza bolehlah layan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf terbitan JS Pictures Sdn Bhd pada bulan Ramadan nanti.
Cuaca tidak menentu termasuklah hujan berterusan membuatkan beberapa lokasi di pantai timur termasuklah Kuala Nerus, Terengganu mengalami banjir.
Setakat ini rata-rata penduduk yang terlibat dengan banjir diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ramai yang telah menjadi mangsa banjir termasuklah seorang bayi yang masih di dalam pantang.
Bayi 14 hari ini menjadi salah seorang mangsa banjir, namun disebabkan dia masih terlalu kecil dan mempunyai masalah jangkitan mata, mak dan ayahnya mengambil keputusan untuk menumpang di rumah keluarga.
Kasihan bayi yang baru saja melihat dunia turut sama terlibat dalam banjir yang melanda Kuala Nerus ini.
Bayi 14 Hari Mangsa Banjir
Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah Kuala Nerus selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.
Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.
Anak Masih Kecil Mengalami Jangkitan Mata
Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.
“Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.
“Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat,” katanya.
MW: Harapnya banjir yang melanda daerah ini segera pulih dan penduduk sekitar dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Menjadi mangsa banjir dalam musim Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, semoga semua mangsa banjir tabah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...