Hal Rumah Tangga Privasi “Asyik Nak Beritahu Orang, Kadang-Kadang Kita Buka Aib Kita”

Share

Hal rumah tangga privasi “asyik nak beritahu orang, kadang-kadang kita buka aib kita”. Pelakon kacak Ashraf Muslim punya pandangan sendiri hal berkaitan rumah tangga.

Seperti yang umum tahu Ashraf menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi

Berasal dari Melaka, Ashraf yang dikurniakan empat cahaya mata, perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7. Manakala bersama Wan Sakinah pula, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.

Hal Rumah Tangga Privasi

Menerusi laporan di akhbar Harian Metro, Ashraf akui perkara yang berkaitan dengan rumah tangga adalah sesuatu yang privasi. Tambahnya lagi soal tersebut seharusnya tidak dikongsikan di media sosial.

“Bagi saya benda-benda macam ni, mengenai keluarga, simpan untuk kita sahajalah.

“Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa itu.

“Jadi senang ceritalah kebahagiaan diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa saja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.

“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Ini sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” luahnya.

Ashraf Lalui Dengan Tenang & Sabar

Keharmonian rumah tangga yang dikecapi dengan dua wanita membuatkan ramai yang menjadikan Ashraf sebagai rujukan.

Namun pelakon yang membintangi Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! yang kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia akui pada awal berhadapan dengan proses poligami merupakan detik yang paling sukar.

Ashraf dapat laluinya dengan tenang dan sabar. Malah segala keputusan yang dilakukan pada waktu itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Jika dia bukan penyabar pasti keputusan yang diambil tidak akan betul.

“Bimbang Akan Terpalit Pada Kita Semula”

Malah Ashraf juga menasihati netizen agar tidak meninggalkan komen yang mengecam golongan artis terutama pada mereka yang mempunyai konflik rumah tangga. Sebaliknya doakanlah yang terbaik.

“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.

“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik,” ungkapnya yang akui orang ramai hendaklah sentiasa positif dan doakan yang terbaik. Jika hendak menegur, tegurlah secara berhemah.

Baca Disini : Ashraf Dedah Ramai Lelaki Minta Tip Poligami, Keharmonian Rumah Tangga Dua Pasangan

Baca Disini Juga : Ashraf Muslim Tunai Umrah Grup Pertama Ke Tanah Suci “Banyak Nak Dibetulkan Dalam Diri”

Mingguan Wanita : Syukur jika isteri-isteri dilayan dengan baik sudah tentu poligami tidak mendatangkan masalah.

Sumber :  Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Ashraf Muslim

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.

 

Published by
Norhayati Suboh