“Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi”, Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung

Share

Hal paling saya takut akhirnya terjadi, ibu kongsi kesedihan anak meninggal dipatuk ular tedung. Tiada saat paling menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tapi hal yang ditakuti ramai ini akhirnya terjadi kerana kita semua adalah pinjaman dari Allah. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Kegembiraan aidilftri tahun ini membawa berita duka buat seorang ibu, Noriah Awang apabila anak lelakinya, Mohd Idris meninggal dipatuk ular tedung selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.

Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi

Bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Idris Abdul Samad, 31 tahun disahkan meninggal dunia selepas bisa ular tedung itu merosakkan buah pinggangnya.

Menyedihkan, bukan saja kehilangan anak, ibu tua berusia 67 tahun  ini juga memaklumkan arwah anaknya itu sepatutnya melangsungkan pertunangan  pada raya haji ini dengan gadis pilihannnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Chef Sediakan Hidangan Sup Ular, Maut Dipatuk Reptilia Tersebut!

Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!

Ibu Meninggal Dipatuk Ular Tedung, Bayi Dalam Kandungan Berjaya DiSelamatkan Melalui Pembedahan

Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!

“Jurusolek Merangkap Pengantin Lelaki.” Seronoknya Suami Yang Mekap Sendiri

Memetik laporan Sinar Harian, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad, 33, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Selasa ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Anak saya sepatutnya bertunang raya haji ini dengan gadis pilihannya. Orang Pasir Tumboh, Kota Bharu tapi hajatnya tak tercapai. Tiada jodoh antara mereka,” katanya sambil menambah, anaknya itu sememangnya berminat dengan haiwan reptilia sejak kecil dan mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.

“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular. Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.

Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung

Menurutnya, anaknya itu dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar.

Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.

“Pada Isnin malam sekitar jam 11, dia beritahu merasa tidak selesa di bahagian dada. Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buah pinggangnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.

Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.

Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros