Hakiem Rusli Kongsi Isteri Kembali Bertudung, “Stay Strong, Things Will Get Better…”

Share

Hakiem Rusli kongsi isteri kembali bertudung, stay strong, thing will get better.  Bukan mudah untuk istiqomah kerana ramai yang ingin keluar dari rasa hipokrit. Sebab itulah tidak kira artis atau bukan, saat mengenakan hijab mereka kembali membukanya atas alasan ingin menjadi diri sendiri. Apa pun alasannya, berhijab itu diwajibkan ke atas wanita.

Seorang darinya yang menjadi tumpuan ramai ialah isteri kepada penyanyi popular Hakiem Rusli. Isterinya, Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman apabila membuka tudungnya kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.

Hakiem Rusli Kongsi Isteri Kembali Bertudung

Namun terkini, menerusi IG @hakiemrusli98_,

pelantun suara Di Sebalik Rahsia ini berkongsi video isteri kesayangannya, Anis Sofea dengan gaya penampilan baru iaitu  mengenakan hijab saat mereka keluar makan bersama.

“Stay Strong, Things Will Get Better…”

Dilihat memberikan sokongan kepada tindakan isterinya yang manis bertudung, Hakiem turut mengungkapkan kata-kata manis buat isterinya dan seakan bersetuju jika isterinya terus mengenakan hijab berbanding sebelum ini.

Antara kata-kata manis dan sokongannya, ”Sayang Akem, no matter how much it hurts now.
Stay strong, things will get better. You were there through ups and downs, with me.
We love you, ilove you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” tulisnya.

Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman ramai kerana membuka tudungnya selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga dengan penyanyi muda ini. Hanya mampu berdoa agar isterinya kembali istiqomah, pastinya sebagai seorang suami dirinya mahu aurat isterinya tidak menjadi tontotan ramai seperti sebelum ini.

Dapat dilihat di instagramnya, semenjak isterinya membuka tudung Haqiem jarang mempamerkan gambar mereka suami isteri.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isu Buka Tudung, “Ujian Orang Yang Pilih Nak Buat Baik Ni Sebenarnya Memang Berat”

Julia Farhana Ikhlas Bertudung Kerana Allah “Berubah Bukan Sekadar Menutup Aurat Saja”

“Tasbih Sentiasa Di Tangan”, Ustazah Asma’ Kongsi Pramugari Emirates Di Sebalik Penampilan Tidak Bertudung

Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah “Teruskan Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Published by
Almaswa Haji Che Ros