Apabila berlaku perceraian, perkara pertama yang difikirkan adalah tentang kebajikan anak-anak. Sampaikan suami isteri dan ahli keluarga terlibat sama dalam perebutan ini. Masing-masing menegakkan hak untuk mendapat jagaan anak.
Bagi mentua yang sayang pada cucu-cucunya tentu sekali akan terbabit dalam perebutan. Malah, rasa yakin dapat memberi kebajikan pada cucunya kelak.
Tapi bagaimana ibu yang lahirkan anak itu. Walaupun perpisahan berlaku antara suami isteri, jangan pula masing-masing berebut hak jagaan anak. Kononnya masing-masing mampu memberi kebajikan buat anak itu.
Tak perlu bergaduh sebab negara kita ada undang-undang. Inilah yang diterangkan oleh peguam Syarie, Tuan Khairul Fahmi Ramli tentang hak jagaan anak dan siapa selayaknya.
Baca Artikel Lain Di Sini: Surirumah Berhak Dapat Hak Jagaan Anak Sebab Tanggungjawab Nafkah, Ayah Beri Bukannya MAK
Mak BERHAK Penat, Masa Tanpa Anak & Tentukan Rumahnya Ikut Rentak Diri Sendiri
Info Lebih Menarik DI SINI
Menantu vs Mertua Berebut Hak Jagaan Anak
“Puan, saya tak puas hati lah. Saya dah bercerai dengan bekas suami tapi, mak mertua saya yang nak sangat ambik anak-anak saya sebab dia kata saya ni tak mampu nak jaga anak-anak.
Saya pernah dengar tentang hak jagaan akan dapat pada ibu. Tapi, mak mentua saya pulak yang lebih-lebih nak ambil jagaan anak saya walhal ex saya tak macam tu pon. Jadi, siapa yang lebih layak sebenarnya ni puan?”
Biasa dengar kan cerita macam ini. Lepas je suami isteri bercerai atau lepas je suami meninggal dunia, isu Hak Jagaan Anak ni mesti timbul.
Mulalah masa tu masing-masing nak berebut hak jagaan anak. Yang geramnya bukan si bapa yang berebut tapi bekas Mak Mertua pulak yang lebih-lebih.
Bukan nak cakap apa, mungkin lah Mak Mentua ni ada isu dia sendiri TETAPI selalu yang kita nampak di Mahkamah Syariah ni,
Mak Mertua yang lebih-lebih cucuk-cucuk untuk dapatkan cucu dia tu.
Kononnya sebab Mak Mentua tu hanya ada sorang tu je cucu dia. Takde cucu lain jadi Mak Mertua tu takut kehilangan cucu dia.
Habis tu ibu kandung anak tu macam mana? Kenapa Mak Mentua yang lebih-lebih sangat?
Siapa yang lahirkan siapa?
Jadi sebenarnya antara semua pihak ni siapa yang selayaknya dapat hak jagaan anak?
Betul ke mentua ada hak terhadap anak berbanding ibu kandung anak tu? Siapa sebenarnya Top Ranking dalam undang-undang untuk Hak Jagaan Anak ni?
Ada satu hadis menceritakan bahawa ada seorang wanita datang kepada Rasullullah SAW lalu berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnua dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah”. Riwayat Abu Daud.
Jadi, daripada hadis ni Islam menekankan tentang jagaan anak ni harus diberikan kepada ibu kandung sebagai keutamaan.
Maka daripada hadis ni jugaklah menekankan kepada perincian undang-undang untuk mendahulukan ibu dalam hak penjagaan anak.
Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam kebanyakan negeri menyatakn susunan Hak Jagaan Anak adalah seperti berikut:-
1. Ibu
2. Nenek (sebelah ibu)
3. Bapa
4. Nenek (sebelah bapa)
5. Kakak atau adik perempuan (seibu sebapa)
6. Kakak atau adik (perempuan seibu)
7. Kakak atau adik perempuan (sebapa)
8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (seibu sebapa)
9. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (seibu)
10. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan (sebapa)
11. Emak saudara (sebelah ibu)
12. Emak saudara (sebelah bapa)
13. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari
Walaupun nampak senarai ranking ni tapi kena ingat, untuk pertimbangan yang paling diutamakan oleh Mahkamah adalah “KEBAJIKAN” anak tu.
Jadi berdasarkan sususan di atas, jelas sangat kan? Mak Mentua memang boleh dapat hak jagaan cucu dia TAPI itu pun selepas ibu, nenek (sebelah ibu) dan bapa hilang kelayakan barulah Mak Mentua itu layak.
Selagi ibu tu tak hilang kelayakan atau tidak dibuktikan telah melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan kelayakan sebagai penjaga, maka hak jagaan anak tu akan kekal lagi diberikan kepada ibu tu.
Nampak tak? Bukan senang tau nak dapat hak jagaan ni. Dan tak semestinya ibu je yang akan dapat hak jagaan anak.
Tapi tak kisahlah sama ada menantu mahupun mentua tu masih berhubungan baik ataupun tidak, perkara yang perlu diutamakan adalah “KEBAJIKAN” anak tu.
Jadi, perlu diingat tak kira siapa pun yang mendapat Hak Jagaan Anak tersebut, kebajikan anak tersebut perlulah diutamakan.
Jangan sesekali memutuskan silaturrahim antara anak itu dengan neneknya mahupun ibunya.
Anak perlu dibesarkan dengan kasih sayang bukan dengan perebutan.
Mingguan Wanita : Apa yang boleh dikatakan, selagi ibu tak hilang kelayakan, dia berhak untuk dapat hak jagaan anak itu. Kena faham betul-betul.
Sumber: Khairul Fahmi Ramli (Nuraffiqa Razak)
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita