Hajat Ayda Jebat Dimakbulkan “Rezeki Dapat Hadiahkan Mama Sebuah Rumah”

Share

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat memanjatkan rasa syukur apabila hajatnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu tercinta sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya menjadi kenyataan.

Ayda Jebat telah merealisasikan impiannya membeli kediaman dua tingkat yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Ayda Jebat Kenang Jasa Ibu Bapa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta. Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Artikel berkaitan: Dilamar Kekasih “Hadiah Hari Lahir Terbaik, I Said Yes” Ayda Jebat, Doakan Pasangan Ini Ke Jinjang Pelamin

Hajat Ayda Jebat Dimakbulkan “Rezeki Dapat Hadiahkan Mama Sebuah Rumah”

Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dewasa. Tanggujawab terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan dua individu paling berharga dalam kehidupan kita.

Ayda Jebat Beli Rumah Dua Tingkat

Ayda Jebat yang sebelum ini mengumumkan akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari tahun depan, menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan rasa bersyukur dapat menghadiahkan sesuatu yang amat berharga buat ibu tersayang sebelum dia bergelar isteri.

Ayda Jebat bersama tunangnya Nabil Mahir.

“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.
“Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya kena capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.
“Banyak lagi benda lain yang anda boleh buat untuk berbakti kepada mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.
“Mama selalu telefon dan pesan : ‘Kakak (Ayda Jebat) jangan kerja kuat sangat, kena rehat juga’. Ma, kerja keras saya tidak setanding pengorbanan mama menjaga saya dan adik-adik. Saya sayang mama.
“Saya akan selalu menjaga mama walaupun sudah berkahwin nanti. Selalu dan selamanya,” tulisnya.

Beri Inspirasi Kepada Mereka Yang Bergelar Anak

Rata-rata teman selebriti dan peminat Ayda Jebat meluahkan rasa bangga dan menyifatkan ia mampu memberi inspirasi kepada mereka yang bergelar anak.

annengasri_official
Semoga Allah swt akan lebih murahkan rezeki mu , kirim salam mama yg always gourges tu ya … @aydajebat
veemuhamad


Alhamdulillah syukurrr proud of u you darling…. May Allah bless you and your family.. Amennn
erulsamah
Tahniah Ayda
Semoga ke Syurga buat Kamu
dayanaroza
such an inspiration so proud of you! semoga Allah limpahkan rezeki awk , permudahkan urusan kahwin & bagi semua kebaikan didunia & akhirat utk awk

Sumber/Sumber Foto: Instagram Ayda Jebat
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh