“Hafiz Pandai Dah Potong Daging Melintang Jaluran, Lembut Bila Dimasak’ Ibu Jadi Mudah Bila Anak Lelaki Cekap Di Dapur

Anak lelaki apabila mereka cekap di dapur, memang akan memudahkan kerja ibunya. Dialah nanti jadi pembantu setia ketika ibu sibuk uruskan hal rumah yang lain-lain. Cara penulis buku dan Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakaria ini berkongsi pengalamannya mendidik anak lelaki masuk dapur menarik untuk dikongsi.

Akuinya ramai ibu menekankan kerja rumah jadi tanggungjawab anak perempuan, tanpa memberatkan sama anak-anak lelaki untuk masuk dapur.

Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga.”

Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.

Sebab itulah, Dr Norzila sentiasa menggalakkan anak-anak lelakinya ke dapur.

Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.”

Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.”

Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.

Ads

Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.

 

Ibu Sebenarnya Kena Beri Kepercayaan Anak Lakukan Tugas

Ada banyak perkara kita mahu anak-anak kita lakukan tapi kadang-kadang kita tidak memberikan kuasa penuh kepada mereka dan akhirnya anak-anak pun tidak seronok untuk melakukannya kerana banyak arahan ‘jangan’ dari kita.

‘Jangan buat macam tu, buat macam ni… mari ibu tunjuk” kecewa anak kerana usahanya ‘salah’! Namun kalau kena caranya pasti mereka boleh terima. Ubah sedikit sahaja ayat tadi, mungkin bunyinya begini:

Wah dah separuh karpet bersih, pandailah anak-anak ibu ni cuci.”

Senyum dan tanyakan apa perasaan mereka.

Ads

Seronok tak boleh basuh karpet? Boleh main air juga kan?”

Dengarkan jawapan mereka. Raikan perasaan mereka. Pasti keyakinan diri mereka bertambah tinggi kerana kita meraikan usaha mereka.

Ok, sekarang ibu nak tunjuk macamana nak cuci bahagian ni yang agak kotor, boleh? Nanti lepas ni abang dan adik buat sendiri ya.”

Ibu Jangan Terus Menyerang

Beritahu mereka proses yang kita rancangkan seterusnya dan pemantauan yang akan kita lakukan. Jadi bila kita ‘tegur’ dan baiki mereka mudah menerimanya.

Jika kita terus ‘menyerang’ dan menegur dengan cara yang tidak hikmah, pasti mereka kecewa dan tidak mahu menyambung kerja-kerja mereka.

Ads

Sesekali mainlah bersama mereka, kalau basuh karpet biar basah bersama-sama mereka, pasti mereka seronok bila kita bersama-sama melakukannya dan bukan memerhati sahaja.

Jika kita bertindak seperti ketua dan hanya memberi arahan, saya pasti mereka tidak akan seronok melakukan aktiviti tersebut. Nasib tidak baik mereka merajuk dan kita pun jadi marah sebab mereka tidak mengikut arahan kita.

Jadi fikirkan apa aktiviti yang kita boleh berikan sepenuh kuasa kepada mereka tanpa arahan dan pemantauan rapi dari ‘ketua’ kepada mereka, maknanya biarkan saja mereka buat ikut suka hati mereka. Dan jika aktiviti tersebut memerlukan pemantauan dan hanya sebahagian sahaja kuasa yang boleh diberikan, maklumkan mereka supaya mereka tidak kecewa.

Selitkan Sama Pujian Untuk Anak

Jika aktiviti yang diberi kuasa penuh menjadi sesuatu yang perlu dipantau, boleh lakukan teknik seperti di bahagian awal untuk melibatkan diri kita dalam aktiviti mereka dengan lebih bijak.

Aktiviti cuci karpet Ini adalah aktiviti yang saya berikan kuasa penuh kepada anak-anak saya semasa cuti PRU bulan lepas. Saya biarkan saja apa mereka mahu lakukan dan hanya melibatkan diri di hujung aktiviti untuk mereka berhenti mencuci.

Memang puas hati mereka boleh melakukan aktiviti ini mengikut cara mereka sendiri.

Sudah pasti bila ditambah dengan sedikit pujian mereka rasa sangat dihargai dan tahap keyakinan mereka juga meningkat bila dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.

Sumber/Foto : Dr Norzila Zakaria

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI