Hafiz Buat Kejutan Romantis Di Hari Lahir Aina, Sewa Panggung Wayang & Hasilkan Dokumentari “Kebaikan” Isteri

Share

Hafiz buat kejutan romantis di hari lahir Aina, sewa satu panggung wayang & hasilkan satu dokumentari “kebaikan” isteri. Tidak semua suami kekal romantis selepas beberapa tahun hidup berumahtangga.

Namun sejak dari zaman berkenalan, bertunang, mendirikan rumahtangga hinggalah punya anak, idea dan kejutan dari pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sering menjadi idola kepada orang lain yang bahagia melihat caranya melayani suri hatinya Nursyafiqah Aina Abdul Wahab.

Hafiz Buat Kejutan Romantis Di Hari Lahir Aina

Terkini sempena hari jadi isteri kesayangannya itu, Hafiz Mahamad telah menghasilkan satu dokumentari menayangkan sisi-sisi kebaikan isterinya bukan saja dari kaca matanya sebagai suami tapi juga dari sisi pekerja yang menilai kebaikan bos mereka ini.

Ternyata ianya sangat romantis hingga isterinya mengalirkan air mata selain menerima kejutan membawa Aina dan keluarga mentua menunaikan haji musim ini.

Abang tak nak hadiahkan perkara yang awak mampu beli, tapi abang akan beri apa yang tak mampu awak beli.

Lihatlah guna hati video ni. Jika ada air mata yang mengalir tolong selitkan doa untuk isteri saya sebagai hadiah Birthday day.

Sewa Panggung Wayang & Hasilkan Dokumentari “Kebaikan” Isteri

Saya sewa 1 panggung wayang semalam ada sebab, mungkin dia pernah menginginkan kehidupan seperti watak atau apa cerita dalam wayang / drama

Tapi wayang is still wayang, saya nak buktikan, apa yang ada di screen semalam adalah cerita & watak yang ada dalam realiti life Aina.

Saya hadiahkan 1 documentary pada dia, Ya Allah. Tujuan saya, saya nak dia tahu tanpa dia sedar banyak dah kebaikan yang dia buat.

Orang kata, “Baik kita, biar orang ceritakan. Dalam documentary tu, banyak kebaikan yang mereka ceritakan tentang awak”

Harap awak happy @syafiqahaina

 Tak habis dengan kejutan itu, Hafiz sekali lagi membahagiakan hati isterinya dengan memenuhi impian isterinya yang mahu mengerjakan haji bersama ibu bapanya.

Part 2, saya akan share dalam masa 24jam
Kejayaan Demi Kebahagiaan

Menangis isteri & mertua saya”

Sayang. Allah sayang awak & abang syukur diizinkannya “Menumpang Rezeki Awak”

Dari tahun lepas lagi, Aina kata teringin sangat nak bawa mama ayah pergi haji. Kami usahakan tahun ni sama sama & saya tak sangka Visa lulus 3-4 hari sebelum Birthday Aina

Saya sembunyikan berita ni untuk bagitahu pada hari Birthday Aina. MasyaAllah, ini semua sebab awak terlalu baik Ainaa. Tahniah sayang

Selamat Hari Lahir Isteriku

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Hafiz Buat Kejutan Raya, Hadiahkan Pekerja Kereta. 7 Tahun Setia Dari Syarikat Kecil Hingga Dikenali

“Saya Hanyalah Lelaki Tumpang Rezeki Isteri…” Kejayaan Demi Kebahagiaan Buat Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Sewa Satu Kapal Terbang, Bawa Staff Ainaa, Orang Susah, Anak Yatim & OKU Tunai Umrah

Sahabat,
Jika awak melihat video surprise & mengalir air mata awak. Tolong doakan kami. Ini semua doa doa awak. Hasil doa awak saya mampu menjadi asbab bahagiakan isteri, keluarga & pasukan saya.

Akan saya doakan awak disana nanti pada musim haji ni.
Jika ada manfaat dari Diary kami, saya syukur
Diary saya semuanya tentang

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER

dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros