Hafiz Bongkar Perbuatan Keji Pengasuh, Anak Kecil 2 Tahun Cerita “Sakit” Teacher Masuk Jari Di Pung***g

Share

Hafiz bongkar perbuatan keji pengasuh, anak kecil 2 tahun  cerita “sakit”  teacher masuk jari punggung. Satu perbuatan keji dan diharap pihak berkuasa bertindak segera membawa manusia bertopengkan binatang ke muka pengadilan.

Sejak semalam, usahawan terkenal, Hafiz Mahamad berkongsi satu video di Tik Tok rasminya, @hafizmahamad.  Ia mengenai satu perbuatan keji pengasuh anak kecil  yang mengadu “teacher” memasukkan jari ke bahagian punggungnya.

@hafizmahamadBila dpt whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yg sanggup buat mcmni♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai (From “Rab Ne Bana Di Jodi”) – Salim-Sulaiman & Roop Kumar Rathod & Jaideep Sahni

 Dan hal mengejutkan ini terjadi kepada salah seorang teamnya berstatus ibu tunggal dan berjuang membesarkan anak kecil berusia dua tahun sendirian. Namun diuji dengan perangai manusia bertopengkan binatang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hafiz Buat Kejutan, Umum Bawa 120 Staff Tunai Umrah. Belum Kerja Sebulan Pun Direzekikan Pergi

Ibu Sebak, Hafiz Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Di Hari Persaraan “Tak Terbalas Jasa Besarkan Kami”

Dari satu perbualan rakaman, kedengaran anak kecil ini mengadu yang kemaluannya sakit dan katanya ia dilakukan oleh teacher abi. Bila ditanya oleh ibunya bagaimana perbuatan itu berlaku, anak kecil ini memaklumkan teacher memasukkkan jari di bahagian punggungnya dan ianya sakit. Ya berlakunya child abuse oleh manusia bertopengkan binatang.

Dalam lawatan ke hospital bersama isterinya, Aina melawat anak teamnya yang menjadi mangsa gangguan seksual ini,  doktor yang membuat pemeriksaan rapi terhadap kanak-kanak ini mengesahkan ada kesan di bahagian kemaluan kanak-kanak kecil ini.

Dalam satu luahan hati pekerjanya ini, kedengaran pekerjanya memaklumkan dia berusaha keras bekerja untuk memberikan kesenangan buat anak kecilnya kerana tahu kesusahan hidup daialami.

Kata teamnya dikenali sebagai Fira, anak kecilnya pernah mengadu kemaluannya sakit namun ketika itu dia merasakan masalah pampers. Tapi masa yang sama ibu muda ini ada mengajar anaknya agar memberitahu dirinya ada lelaki menyentuh dia atau pegang-pegang.

“Masa yang sama juga semakin lama saya perasan Aisyah sering menangis kalau dihantar ke sekolah tersebut. Sampai Fira kata kita balik rumah kita bukan pergi sana. Lagi satu kalau teacher Abi sambut di depan anak tak nak masuk.

“Baru ini anak mengadu sakit punggung dan bila Fira nak pegang pun dia tak bagi. Dia cakap sakit ma, sakit ma. Jadi Fira teringat hal lama tu yang teacher ada masukkan jari. Masa yang sama, anak juga banyak termenung,” katanya berkongsi beban masalah dihadapinya.

Dalam pada itu, Hafiz telah pun membawa kes ini ke pengetahuan pihak polis dan berharap pelaku disiasat akan kes gangguan seksual ini.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Almaswa Haji Che Ros