Berita

Hadiahkan Kereta Mewah Buat Cikgu, Benarlah Wanita Akan Bahagia Jika Jatuh Ke Tangan Lelaki Baik

Share

Hadiahkan kereta mewah buat cikgu, benarlah wanita akan bahagia jika jatuh ke tangan lelaki yang baik. Usia bukan penghalang bahagia. Pernah viral melamar cikgu sendiri, ternyata perjalanan rumahtangga Akmal Yusof, 24 dan isteri, Suhana Esa, 49 berjalan lancar dan kebahagiaan jelas terpancar di wajah mereka.

Jika ramai yang bertanya mampukah “anak muda”  boleh mencatur rumahtangga pada  usia muda ternyata perbezaan usia 25 tahun di antara pasangan suami isteri ini bukan halangan untuk bahagia dan berjaya.

Hadiahkan Kereta Mewah Buat Cikgu

Berkongsi detik menghadiahkan “cikgu” yang juga isteri dikasihinya kereta mewah Jaguar, dalam video yang dimuat naik di platfrom rasmi mereka, Samballana Café, Akmal berjaya membuat surprise untuk wanita dikasihinya.

Jelas Cikgu Suhana amat terharu dengan kejutan dibuat suaminya dan pastinya tidak menyangka akan menerima hadiah mewah bernilai hampir setengah juta itu.

Dalam video di mana dirinya menghadiahkan “cikgu” kereta mewah itu, Akmal berkata drinya  pernah merancang membuat kejutan tetapi tidak berjaya sebelum ini. Dan ternyata, hari itu dirinya berjaya mengejutkan isterinya.

Benarlah Wanita Akan Bahagia Jika Jatuh Ke Tangan Lelaki Baik

Kisah pasangan ini pernah mendapat liputan media beberapa tahun sebelum ini. Suhana merupakan guru kepada Akmal dan sering menjadi guru pengiring dan jurulatih bagi pasukan Softball di mana Akmal mengakui cikgu Suhana antara guru kegemarannya.

Kisah mereka pernah viral di media sosial suatu ketika dahulu.
Gambar terkini pasangan bahagia ini

Keduanya bernikah pada November 2020 dan menjalani kehidupan bahagia di mana Akmal kini mengusahakan kedai makan Samballana Café di Bandar Dato Onn selain kerepek. Apa yang pasti, wanita akan bahagia jika jatuh ke tangan lelaki baik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jarak Usia 25 Tahun Bukan Penghalang, Takdir Bertemu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri!

Syarat Nikah Isteri Hafal 5 Surah ‘Al Fatihah, 3 Qul & Al-Asr’, Lepas 3 Bulan Lelaki Ini Kuasai Siap Terjemahan Versi Isyarat

“Cikguku Mak Mentuaku” Anak Murid Selamat Jadi Menantu, Baca Khutbah Nikah Sendiri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros