Hadiah Untuk ‘Teman Wanita’, Budak Prasekolah Bawa GELANG EMAS Mak Ke Tadika!

Share

Hadiah Untuk ‘Teman Wanita’, Budak Prasekolah Bawa GELANG EMAS Mak Ke Tadika! Anak-anak kecil memang mempunyai pelbagai kerenah dan ragamnya. Apa yang dilihat, itulah yang dijadikan contoh.

Satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki China mengaku membawa gelang emas ibunya ke tadika untuk diberikan kepada kekasih hatinya, menjadi tular di internet, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Bawa Gelang Emas Ibu Ke Sekolah

Dalam klip itu, seorang budak lelaki dilihat mengaku kepada ibunya bahawa dia membawa barang kemas milik wanita berkenaan berharga hampir AS$1,540 (RM6,892) ke sekolahnya.

Si ibu tertawa ketika ‘menyoal siasat’ anaknya. Klip video itu mencuit hati ramai netizen dan mencetuskan sensasi di media sosial.

Si ibu berkata, seorang guru memberitahu tentang tindakan anaknya selepas dia melihat kanak-kanak tersebut membawa gelang emas itu ke tadika berkenaan di Wilayah Autonomi Mongolia, pedalaman China.

Menurut ibunya itu, dia terperanjat dengan tindakan anaknya.

Hadiah Untuk Teman Wanita

Gelang emas itu adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya.

Apabila ditanya mengapa dia membawanya ke sekolah, budak lelaki itu menjawab bahawa dia ingin memberikannya kepada teman wanitanya sebagai hadiah.

Mesti Baca: “Nak Hantar Anak Masuk Ke SJKC, Sila Ke Tadika Cina, Mula Dari Umur 5 Tahun”
Baca Lagi Di Sini:Pengetua Tadika Ini Kongsi, Beyblade Boleh Bantu Anak-anak Yang Ketagihan Gajet
Artikel Menarik:7 Ciri TADIKA Pilihan Yang Bentuk Anak Seimbang IQ, EQ Dan Spiritual, Ini Dari Kaca Mata Seorang Ibu

Mingguan Wanita: Aduhai anak, macam-macam ragam. Usia masih kecil dah romatik, pandai ambil hati ‘teman wanita’ iya.

Sumber: Kosmo, South China Morning Post

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab