Pemberian mas kahwin dinar itu adalah hadiah suami untuk bakal isterinya. Hadiah itu milik isteri sepenuhnya. Terpulanglah pada isteri mahu simpan atau buat apa dengannya.
Sekarang ini, ada isteri dah mula ada kesedaran dalam bab menyimpan emas. Malah, pasangan juga sama-sama tahu akan pentingnya logam yang amat bernilai ini.
Bila mana mahu diijabkabulkan, ada pasangan yang memilih mahar berupa dinar untuk dihadiahkan pada isteri. Satu dinar itu besar nilainya, kerana mengandungi 4.25gram emas berat. Jika, dijadikan simpanan, dalam jangka masa panjang harganya boleh meningkat.
Lelaki ini, Fairuz Aziz berkongsi manfaat pemberian mas kahwin dalam bentuk dinar. Dan mengapa bakal pengantin yang mampu mempraktikkan konsep sebegini.
Untuk pasangan yang akan berkahwin terutama sekali perempuan, saya cadangkan pihak perempuan meminta dan berpakat dengan pihak lelaki untuk menerima dinar emas (jika tidak membebankan) sebagai mas kahwin ataupun hantaran.
Jom saya senaraikan manfaatnya,
Baca sini : Kerana 10 Dinar Emas, Selamatkan Gadis Muda Hilang RM100,000 Sekelip Mata
Nampak kan meningkat? Simpan dan peram pun dah untung. Itu baru 1 Dinar. Jadi pihak perempuan minta la 20 Dinar jika tidak bebankan.
Tips ini untuk yang belum berkahwin.
Untuk yang mahu berkahwin lagi, saya tidak bertanggungjawab ya.
Nota : Tahniah kepada Tuan Audi Danial yang menjadikan Dinar Emas sebanyak 8 Dinar sebagai maskahwin untuk Isteri beliau. Alhamdulillah.
Melihat & Berkongsi
Mingguan Wanita : Jika ada wang lebihan di tangan, kumpullah sedikit demi sedikit. Bila cukup untuk membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas, maka belilah. Orang kata, biar simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Sumber/Foto : Fairuz Aziz , Master Dealer Public Gold