Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
Ads
“Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang,” ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.
“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!. Malang sungguh, tergamak sungguh seorang anak mengambil kesempatan dengan mencuri wang simpanan ibu, ketika seorang ibunya terlantar sakit di hospital.
Wang Ganti Rugi
Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri, lapor laman berita The Nation semalam.
Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk Timbalan Pengurus Cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.
Failkan Kes
Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.
Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah.
Jangan mengandung kemudian buat sombong, selepas itu meremehkan orang yang tidak direzekikan hamil. Tidak semua wanita aturannya sama.
Bersyukurlah dengan setiap apa yang ditentukan untuk mak-mak. Jika masih belum direzekikan anak, bersyukurlah kerana masih ramai wanita yang belum berkahwin.
Begitulah juga seterusnya, bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kerana apa yang berlaku dalam hidup seseorang pasti ada sebabnya. Yakinilah dengan Allah.
Kongsi Fit Ismail ini, mengandung bukan perlumbaan…
Mengandung bukan peristiwa untuk buktikan siapa yang paling subur atau siapa yang paling ramai anak..
Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong
Mengandung bukan bererti manusia yang hebat ‘menjadikan’ manusia baru..
Jangan mengandung kemudian buat sombong, kemudian meremehkan yang tidak mengandung
Dia lambat belum hamil lagi, padahal sudah lama kahwin, yang baru kahwin itu sudah mengandung ..
Sebab dia banyak dosa, sebab itu belum mengandung dan banyak lagi perkataan yang memeriksa hati..
Jangan Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil
Astaghfirullah,
Asal-usul manusia dari Tuhan, bukan dari manusia…
Manusia itu hanya perantara, apabila Allah mempunyai keredhaan meninggalkan hamba-Nya dan umat Allah dalam rahim manusia, maka Kun Fayakun maka jadilah, insyallah mudah bagi Allah…
Tetapi jika anda belum, percayalah bahawa Allah sentiasa mempunyai rancangan yang paling baik, jauh lebih indah daripada kata-kata manusia yang tidak berkesudahan.
Hormat sesama manusia…
Jangan hanya mulut anda digunakan untuk menyakitkan dan membandingkan orang
kita berbeza, kita tidak sama…
Buah pokok pun tak selalu sama masak masanya..
Jangan Dipandang Rendah
Jadi ingatlah, jangan dipandang rendah kepada mereka yang belum tiba rezeki zuriat mereka.
Anda tidak tahu betapa dalam luka yang mereka rasa, berapa kali telah mereka lalui..
kerana mereka masih belum melahirkan anak
Simpanlah kata-kata menghina, tetapi hadiahkanlah sokongan dan semangat buat mereka
Mingguan Wanita : Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Oleh itu mesti sentiasalah bersyukur dengan setiap Ketentuan-Nya dan di setiap kesabaran pasti ada ganjaran dari-Nya.
Naluri keibuan suspek kes bunuh Allahyarham Siti Nur Surya Ismail menyatakan yang anak sulungnya itu tidak bersalah. Biarpun satu dunia mengatakan anaknya itu salah.
“Saya akan terus berdoa kakak tidak bersalah.”
Ungkap ibu ini yang mesra memanggil anak sulungnya itu dengan panggilan kakak. Kerana, dia tahu anaknya itu anak yang baik.
Malah, jiran terdekat dengan keluarga ini juga mengakui. Remaja yang membesar di depan matanya itu sememangnya seorang anak yang baik.
Imbas ibu anak dua ini lagi, ketika menemani anaknya ke balai polis pada Ahad pagi itu. Sebanyak tiga kali dia bertanyakan soalan pada kakak, selepas polis memutuskan untuk menahan anaknya.
“Saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu.”
Ketika ini, suspek masih dalam tahanan reman polis bagi kes bunuh Siti Nur Surya, 19 yang ditemui mati dengan kesan tetakan dan pergelangan tangan kirinya putus. Mayat Siti Nur Surya dijumpai adik perempuan di ruang tamu kediaman di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.
Anak Sulungnya Anak Harapan, Anak Yang Baik
Ibu yang bekerja sebagai tukang cuci ini maklumkan yang selama ini, anak sulungnya itu faham dengan kemiskinan hidup mereka sekeluarga. Malah, dia jugalah anak harapan dalam keluarga.
Dia juga anak yang sangat baik, tak pernah merungut dengan kemiskinan hidup. Sehinggakan pernah mereka terpaksa menangguh bayar duit yuran sekolah. Disebabkan tiada duit.
Disebabkan tiada duit itu juga, anaknya itu menolak beberapa tawatan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
“Tapi dia tak pernah tunjuk tanda-tanda protes. Kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan yang dibuatnya.”
Tak Kisah Pakai Baju, Tudung Sedekah
Kongsi ibu ini lagi, anak sulungnya itu tak kisah kalau terpaksa pakai baju terpakai dari sedekah orang ramai. Baju dan tudung yang dipakai hari-hari pun banyak dari sedekah orang.
“Dia tak malu walaupun mengenakan pakaian yang sama saja.”
Kakak bercita-cita menjadi guru. Dan berjanji akan berusaha membela nasib keluarganya yang serba kekurangan. Dialah juga yang beri semangat pada ibunya agar terus kuat menempuh kehidupan yang sukar.
Kejadian Sebenar Bawa Anak Sulungnya Ke Balai Polis
Keputusan kakak ke balai polis bukanlah disebabkan pujukannya. Sebaliknya, kakak yang mahu pergi sendiri dan kakaklah yang mengajaknya ke sana.
“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.
“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.”
Jiran Akui Kakak Bukan Remaja Liar
Jiran terdekat dengan mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 begitu mengenali remaja tingkatan enam ini membesar di hadapannya. Dia yakin kakak anak yang baik.
“Kakak bukan remaja liar. Dia budak baik. Dari segi pelajaran pun saya dimaklumkan, dia pelajar pintar.
Keluarga kakak, walaupun susah. Mereka tak pernah susahkan jiran tetangga. Baik pula dengan semua orang.”
Sebagai jiran, saya sangat mengenalinya. Tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau yang kaitkan kemiskinan keluarga jadi faktor tindakan kakak.”
Harapannya agar orang ramai jangan sebarkan fitnah pada keluarga itu. Biarlah pihak berkuasa yang jalankan siasatan.
“Jangan terus menghukum keluarga mereka. Sehingga sekarang pun kakak masih tak dibuktikan bersalah lagi.”
Tusukan Pisau Di Leher Mungkin Punca Kematian
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar memaklumkan, punca kematian dipercayai berpunca akibat tusukan dan serpihan mata pisau pada leher mangsa.
Turut ditemui kesan tikaman berganda pada beberapa bahagian badan mangsa. Keadaan ini mengakibatkan mangsa alami pendarahan.
Dan sehingga saat ini, pihaknya masih menunggu hasil bedah siasat sepenuhnya dari pihak hospital.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.