Hadiah Hari Jadi Usia 100 Tahun, Nenek Nekad Buat Terjunan Udara!

Share

Lanjut usia dan memasuki fasa warga emas bukanlah penghalang dalam mengejar cita-cita dan impian. Sambutan hari jadi pula mampu diraikan dalam pelbagai cara yang boleh memberikan kelaianan dan kepuasan tersendiri buat diri sendiri.

Terjunan Udara Pada Usia Ke-100

Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali.

Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu.

“Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun. Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.

Mesti Baca: Khatam Al Quran Ganjaran Diri Seniwati Sarimah, RUTIN Setiap Kali Hari Jadi

Lompat Dari Pesawat

Rakaman video menunjukkan Sullivan kelihatan bersahaja ketika melompat keluar dari pesawat.

Ketika melakukan aktiviti itu, Sullivan disajikan dengan pemandangan cantik kawasan pantai di Florida sehingga payung terjunnya mendarat.

“Aktiviti ini amat menakutkan dan saya tidak nafikannya,”

ujarnya.

Ditanya adalah dia ingin melakukan terjunan udara lagi selepas ini, dengan pantas Sullivan menjawab ‘tidak’ sambil ketawa.

Menurut laporan WPEC, Sullivan bertugas untuk merawat anggota tentera yang cedera semasa berperang.

Baca Lagi Di Sini: “Nak Mak Dan Ayah Bersama Balik”, Inilah Hadiah Harijadi Permintaan Anak Pada Ayahnya

Artikel Menarik:Wanita Mali Dijangka Hamil 7 Bayi, Rupanya Selamat Bersalin Kembar 9!

Mingguan Wanita:Wah hebat sungguh nenek ini. Ternyata usia bukan penghalang untuk mengejar impian dan cita-cita. Selamat Hari Jadi!

Sumber: Utusan

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Macam ni caranya tanda-tanda suami sayang isteri.

Published by
Suhaidah Abd Wahab