Susu ada pelbagai jenis dan ketahanannya bergantung pada jenis-jenis susu tersebut. Kebiasaaanya bagi susu segar hanya boleh bertahan dalam masa 3 hari, setelah dibuka jika di simpan dalam peti sejuk walaupun tarikh luputnya masih panjang.

Baca perkongsian dari Public Health Malaysia ini.

Susu Dan Tarikh Luput

Disebabkan ramai telah pulang ke rumah untuk bekerja dan ada yang telah meninggalkan susu di dalam rumah. Adakah susu ini perlu dibuang? Lihat ketahanan susu seperti di bawah.

1. Susu Botol/Kotak (Pastur)

– Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
– Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 3 hari.
– Jika diletakkan diluar – habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

2. Susu UHT atau dikenali Susu Kotak Sekolah

– Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
– Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
– Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

IKLAN

3. Susu Tepung

– Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

4. Susu Frozen

– Tahan 3 bulan.
– Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

IKLAN

5. Yougurt

– Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu.
– Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

*PENTING:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

IKLAN

Habiskan Susu Dalam Masa 3 Hari Selepas Dibuka Walaupun Tarikh Luput Masih Panjang!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Penting tahu jenis susu dan segera habiskan segera dalam masa 3 hari sekiranya telah dibuka bagi mengelakkan terdedah pada bakteria sekaligus boleh menyebabkan keracuan.

Sumber: Public Health Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI