Ibu ini, Syahirah Omar berkongsi pengalaman selepas menyaksikan filem Mat Kilau di pawagam. Terlalu asyik menonton sehinggakan beliau terlupa untuk menikmati makanan dan minuman dalam panggung wayang.
Bukan saja dia terlupa makan dan minum, malah ada penonton sampai terpelanting popcorn yang ada di tangannya. Sebegitu asyik menjiwai jalan cerita yang ada dalam filem epik sejarah ini.
Ternyata filem arahan Syamsul Yusof ini dari sehari ke sehari mendapat ulasan yang positif daripada orang ramai yang sudah menontonnya.
Lebih mengagumkan setakat tiga hari ditayangkan, movie Mat Kilau ini sudah mencecah kutipan RM7 juta. Masakan tidak, Syahirah sendiri sanggup ulang ke panggung. Saksikan filem Mat Kilau untuk kali kedua.
Haa.. nak tahu apa yang istimewa, cuba hadamkan serba sedikit ulasan filem yang dikongaikan ini.
Personal rating untuk movie Mat kilau, 10/10
MasyaAllah fuhhh memang padu!
Saya sampai terlupa makan dan minum!
Bawa balik gitu jelah apa saya beli tadi.
Memang semua pelakon membawa watak dengan sangat baik sekali.
Mat kilau, Awang, Wahid, Yassin, Toga dan ramai lagi memang bukan biasa-biasa lakonan mereka. Butir bicara, bersilat, berlawan dengan musuh semua memang padu. Movie ni memang level International.
Meremang bulu roma sejak awal sampai akhir. Rasa sungguh tepat ke hati semangat kebangkitan pahlawan melayu memperjuangkan tanah melayu.
Fattah Amin yang saya sangka hanya seorang yang cool pandai mengasuh Fatimah memang mengingatkan saya pada watak Legolas si putera bunian The Lord of the Rings. Memang bergaya betul beliau dengan busur panah. Pada mulanya sebelum menonton memang saya tak berapa berkenan kenapa rambut panjang. Tapi memang sesuai watak dia rambut panjang. Kalau rambut pendek tak berapa kena pula.
Beto, setiap butir bicara Beto memang bukan biasa-biasa. Saya memang menangis teruk banyak kali sepanjang menonton movie ni. Rasa hirisan, tusukan tu sampai ke hati. Rasa sakit dan geram sangat.
Dan Dato Adi Putra, watak Mat Kilau memang selayaknya untuk beliau. Memang ada aura tersendiri dan Dato Adi membuktikan beliau mampu bawa watak pahlawan melayu dengan baik sekali.
Baca : ‘Fazura Manis Berhijab’ Itulah Doa Fattah Amin Untuk Isteri
Saya suka betul penggunaan peribahasa banyak diselitkan dalam cerita Mat Kilau ni. Banyak peribahasa baru saya belajar.
Antaranya babak Mat Kilau dan Wahid berdepan dengan pembelot di kalangan mereka.
“Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang,”
Maksudnya kejahatan yang disembunyikan akhirnya mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.
Banyak lagi sebenarnya. Saya mesti ulang tengok lagi nanti. Sungguh skrip memang
terbaik!
Baca : ‘Bukan Sekadar Sarapan’ Ada Sebab Dr Maszlee Saran Tonton Filem Raatchasi
Orang sebelah saya memang semangat betul. Saya tak kenal kakak tu, tapi sampai habis terpelanting popcorn dia tau.
“Ha mampos punn kau! Liat sangat nyawa kannnn ha mampus kau!”
Dahsyat. Saya pun membebel bebel juga sebab terlalu geram.
Terlalu banyak pengajaran dari movie ni. Saya memang sarankan kalian tonton, cuma kalau dengan anak kecil, saya rasa kurang sesuai. Melainkan kalau mereka jenis dah boleh faham jika kita terangkan.
Worth it.
Sumber/Foto : Syahirah Omar