Guru Tinggal Dalam Kereta, Dapat Cek RM111,200 Dari Anak Murid

Share

asa dan pengorbanan guru sememangnya tidak terbalas. Apatah lagi guru yang ikhlas dan bertanggungjawab mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Kesusahan yang dialami pasti akan dibantu oleh anak murid yang mengenang budi dan jasa bakti mereka. Tak kiralah dengan bantuan tenaga mahupun wang ringgit yang dihulurkan bagi meringankan beban.

Hadiah Hari Jadi Istimewa

Seorang guru ganti menerima hadiah hari jadi istimewa daripada anak muridnya, cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200).

Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu, berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.Dia menamatkan khidmatnya selepas sekolah melaksanakan pengajian secara dalam talian (online) awal tahun lalu.

Anak muridnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V, lapor fox29.com.Dia terserempak dengan Villarruel minggu lalu dan masih mengenalinya.

“Saya selalu nampak dia dan itu membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.

“Saya sangat terkesan dengan wabak ini dan bagaimana ia menyebabkan seorang guru tidak mempunyai pekerjaan.

“Sangat menyedihkan apabila melihat guru anda sendiri yang melaluinya sehingga hanya membuat anda ingin membantu lebih banyak lagi,”

katanya.

Guna Platform Media Sosial Kumpul Dana

Nava pada mulanya memberi Villarruel AS$300 (kira-kira RM1,235) dan kemudian memutuskan untuk mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel dapat menjalani hidupnya semula.

Dia berkongsi di semua platform media sosial, dan menjadi tular di TikTok dengan lebih daripada 1.7 juta tontonan.

“Kuasa media sosial sangat luas dan ada ketikanya kita perlu menggunakannya untuk kebaikan, bukan sebaliknya,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
Guru Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Murid Sendiri, Suami 10 Tahun Lebih Muda

Guru Santuni Anak Orang Lain, Rupanya Terlepas Pandang ‘Amanah’ Di Rumah

MW:Tahniah atas tindakan anak murid ini. Satu perbuatan yang bertanggungjawab dan mulia dalam membantu guru. Semoga lebih ramai anak murid yang mempunyai sikap sebegini. Tahu menghargai dan membalas jasa guru, meskipun bukan dengan wang ringgit, namun dapat membantu dengan seadanya.

Sumber: Hmetro

Published by
Suhaidah Abd Wahab